Punggung dan peha anak melecet!
Semalam, aku ingat nak buat kerja overtime, tetapi terpaksa dibatalkan kerana wife aku telefon kasitau anak aku menangis-nangis dan tak mahu kencing.
Ish. Dah kenapa pulak kan? Jarak perjalanan dari tempat kerja ke rumah bukannya dekat. Aku call semula dan suruh wife aku bawak anak aku ke klinik dahulu. Sementara nak tunggu aku sampai rumah.
Bila di atas jalan raya. Aku tak tergesa-gesa nak pulang awal ke rumah. Paham-paham jelah, bila waktu orang pulang kerja, kenderaan sudah pasti banyak di atas jalan raya, di tambah pula dengan mereka-mereka yang ingin cepat sampai ke rumah. Ini semua boleh menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Jadi ada baiknya, aku bawak biasa-biasa je.
Bila sampai rumah, aku tengok anak aku berdiri tegak je. Hmm. Mesti dia tengah menahan kesakitan. Kesian anak ayah. Mesti sakit.
Aku buka seluar anak aku, sebab nak tengok keadaan sebenar. Hmm, melecet teruk jugaklah. Dalam hati, memang terasa nak marah wife aku, sebab tak alert dengan kulit anak. Tapi, aku lupakan je. Sebab kalau nak jadi, jadi jugak.
Bila di tanya, katanya mungkin disebabkan pampers yang digunakan. Anak aku,bila aku ada, lagi dia tunjuk perangai. Sebab aku suka manjakan anak aku. Anak ayah kan?
Sedih aku tengok anak aku menangis-nangis. Aku tahu sakit. Tapi apa yang mampu aku buat. Bukan boleh hilangkan macam tu je.
Wife buat bedak sejuk, letak kat tempat sakit tue. Sapu krim, letak ubat. Macam-macam.
Kesian pula tengok wife. Tahu dia lagi penat nak jaga anak aku.
Anak aku pulak dah taknak pakai pampers. Mungkin sebab, nanti dia kencing, dan air kencing tu, akan menyebabkan dia lagi pedih. So, terus aku bukak pampers tu. Tak payah pakai lagi. Tapi bila dah bukak, maklumlah, dia kencing je bila rasa nak kencing. Tak apalah, boleh cucikan?
Tengahari tadi, aku call wife aku, tanya keadaan anak. Alhamdulilah, ada perubahan di situ. Harap-harap cepat baik la. Kesian tengok. Nak bergerak pun susah. Hmm.
Apa-apa pun, kena lebih alert selepas ni. Pampers ni, tak semua sesuai untuk anak kecil. Kena cari yang betul-betul baik pada kulit bayi. Kalau tak, inilah jadinya. Hmm.
Semoga menjadi pengajaran pada aku dan wife. InsyaAllah.

btl tu..pampers xkira mahal murah tp ikut pd kulit anak..semoga anak cepat sembuh ye
BalasPadamTerima kasih ya Mila Hilas. :)
BalasPadam