Punca mengapa kita tidak ada masa untuk berhibur dan berseronok.
Adakah anda mendapati diri anda tidak dapat mencari masa untuk bersenang-senang dan bercuti? Adakah terdapat banyak perkara yang berbeza yang anda sentiasa mahu lakukan dengan hidup anda tetapi tidak mempunyai masa?
Ini adalah penyebabnya:
1. Tidak merancang masa dengan baik.
Sebab mengapa kita terlalu sibuk adalah kerana kita tidak merancang masa dan kerja kita dengan baik. Kita tidak pernah duduk dan berfikir tentang kehidupan kita dan juga hal-hal yang benar-benar kita ingin lakukan, berbanding perkara yang kita mahu lakukan.
Untuk membebaskan masa untuk melakukan perkara yang kita suka, kita perlu mencipta jadual mingguan dan menetapkan waktu untuk bersenang-senang dan lapang. Pastikan kita memberikan keutamaan dan berpegang kepada jadual.
2. Mempunyai jadual yang sarat.
Jika kita sudah mempunyai jadual, tetapi masih tidak mendapat masa untuk melakukan perkara yang kita suka, ia berkemungkinan, jadual kita terlalu sarat. Kita tidak akan mendapatkan waktu untuk bersenang-senang dan percutian jika kita mempunyai jadual yang terlalu sarat dengan tugas-tugas, projek, dan temujanji.
Untuk mempunyai kehidupan yang bahagia dan memuaskan, kita perlu mencari cara untuk membuat ruang yang besar dalam jadual kita.
Ambil masa untuk keluar dan memikirkan semula rutin kita. Tanya diri kita: apakah ada cara yang lebih berkesan dalam melakukan sesuatu? Mengenal pasti perkara-perkara yang benar-benar untuk di isi di dalam jadual kita.
Kemudian, tentukan perkara yang boleh mengurangkan atau menggugurkan sama sekali daripada jadual kita untuk menghasilkan lebih banyak masa. Ini akan membantu kita untuk menghasilkan jadual yang lebih optimal dan penuh dengan aktiviti yang kita sukai.
3. Sentiasa berhubung.
Satu lagi sebab kita tidak mempunyai masa untuk memanjakan diri dalam aktiviti yang kita suka, adalah kerana kita selalu online, berkomunikasi dengan pekerja atau hanya memeriksa segala macam maklumat di internet.
Internet adalah gangguan yang besar, yang sering membawa kepada pengurangan produktiviti.
Untuk meningkatkan produktiviti, kita perlu tetapkan masa tertentu untuk pengunaan internet. Elak daripada kerap menggunakan internet pada setiap masa. Gunakan hanya apabila perlu.
4. Persekitaran kerja kita penuh dengan gangguan.
Lihat sekeliling ruang kerja kita. Apakah ada kertas terletak di sekeliling, atau kekacauan visual lain yang memerlukan perhatian kita?
Apakah ada telefon yang sering berdering pada waktu yang salah, atau e-mel, atau rakan kerja yang terus-menerus mengalihkan perhatian kita dari pekerjaan kita?
Jika ya, maka tidak ada keperluan untuk mencari perkara lain untuk alasan mengapa kita tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara yang kita suka. Ia gangguan berpotensi yang dapat mengurangkan keberkesanan dan menyebabkan kita membuang masa.
5. Sentiasa katakan "YA" pada semua perkara.
Jika kita jenis orang yang tidak boleh mengatakan TIDAK, maka kita tidak akan mempunyai masa untuk bersenang-senang.
Ini kerana bos atau rakan sekerja akan sentiasa mengambil kesempatan dengan meminta pertolongan, seperti meminta kita untuk membantu mereka dalam tugas atau projek-projek mereka.
Untuk mendapatkan masa untuk berhibur dan berseronok, kita perlu menjadi pelindung kepada masa kita.
tak merancang masa... setuju sangat. tapi kalau nak ikut jadual pun susah :P
BalasPadam