Seminar GST oleh Kastam Melaka.

Oktober 02, 2014
Minggu lepas aku berpeluang menghadiri penerangan GST oleh kastam melaka. Objektif utama ianya di buat adalah untuk memberi penerangan secara lebih terperinci berkenaan GST.

Ok. Apa itu GST?

GST adalah Cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai ditambah.

Mengapa perlu cukai?

Pegawai kastam yang memberi penerangan, bila diajukan soalan, mengapa kami perlu membayarnya, mereka menjawab, duit kamu itulah, yang akan digunakan untuk membayar gaji tentera yang menjaga keamanan, polis yang menjaga ketenteraman, bomba dan sebagainya.

Sempat lagi dia bergurau, cuba bayangkan jika rumah kamu terbakar dan kamu telefon bomba untuk datang memadamkan kebakaran. Dan kemudiannya, bomba tersebut meminta kamu sejumlah wang sebelum mereka mula memadamkan api.

Itulah sebabnya cukai ini perlu. Dan mereka juga beri 4 perkara mengapa perlu bayar cukai. Ianya adalah:


  • Tujuan keselamatan.
  • Tujuan fizikal/pembangunan
  • Tujuan sosial.
  • Tujuan ekonomi.
GST juga menggantikan sistem percukaian sedia ada.



Ini bermakna semua cukai sedia ada akan diselaraskan kepada 6%.

Ok. Mereka juga berkongsi 160 negara yang telah melaksanakan GST.


Ok. Ini adalah topik yang paling aku suka. Bagaimana GST ini berfungsi.

Ok. Apa yang anda nampak di atas? Pengilang, pembekal dan peruncit boleh menuntut kembali GST, tetapi tidak pada pengguna.

Bagaimana mereka boleh menuntut kembali?

Begini:


Pembekal menjual barangan mereka dengan harga RM10. Dan dikenakan cukai sebanyak 6%, ini bermakna cukai bersih mereka adalah RM 0.60.

Pengilang kemudianya menjual dengan harga RM50.00. Dan dikenakan cukai sebanyak RM 3.00. Bagaimanapun, mereka boleh menuntut kembali cukai GST mereka. Dengan cara menolak cukai GST yang dikenakan kepada pembekal.

Ini bermakna RM 3.00-RM 0.60= RM 2.40 sahaja cukai yang perlu dibayar.

Begitu lah seterusnya sehinggalah kepada penguna yang perlu membayar cukai sebanyak 6% tadi.

Jadi, dah nampakkan bagaimana ianya akan berfungsi nanti.

Apa pun, ianya akan berfungsi sepenuhnya pada 1 April 2015 nanti. Yang mana, kita semua perlu berhadapan dengannya.

Soalannya adalah : Adakah anda sudah bersedia? Hehehehe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.