Pergelangan tangan hancur akibat mercun.

Oktober 02, 2014
Aku terbaca berita mengenai seorang kanak-kanak berumur 9 tahun, yang hancur pergelangan tangannya akibat mercun. Mercun yang dibar, tidak sempat dibuang lalu meletup di tangannya.

Tak dapat aku bayangkan, bagaimana anak kecil ini akan meneruskan kehidupannya dengan keadaan tangan yang sebegitu. Bagaimana pula dengan perasaan keluarganya pula. Bagaimana dia berhadapan dengan masyarakat.

Rambut kalau dipotong, boleh tumbuh semula. Sama juga dengan kuku. Tetapi, jika anggota badan seperti tangan atau kaki, tak mungkin ianya akan tumbuh semula.

Usah bercerita tentang kesakitan. Isteri aku mengalami kemalangan pada tahun 2012. Sehingga kini, dia masih merasa sakit.

Rasanya, jika kemalangan seperti ini, kita tak boleh membuat tuntutan insurans. Mendapat bantuan juga sukar. Tapi aku percaya pada rezeki Allah. Mungkin ini sudah menjadi ketetapan kepada anak kecil ini.

Semoga adik kecil ini tabah menghadapi hidup dan dimewahkan rezeki yer.

Amin.

Baca lanjut di sini: hmetro

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.