Pertikaian hak suami isteri.

Oktober 18, 2014
Sekejap tadi, aku terbaca dalam FB, tentang mereka yang membincangkan hak seorang isteri, yang mana tugas mereka cuma melahirkan anak dan menjaga anak serta berhias untuk suami.

Tugas seorang isteri bukan untuk memasak, mengemas rumah, membasuh dan sebagainya.

Aku sangat suka dengan post-post seperti ini. Ini kerana, aku suka melihat mereka yang "berperang", mengeluarkan ilmu-ilmu yang ada di dalam diri.

Sang isteri mengeluarkan fakta mereka dan para suami sudah pasti akan membalasnya. Dalam hal seperti ini, masing-masing akan menunjukkan kekuatan masing-masing agar kemenangan berada di pihak mereka.

Ada 1 komen yang benar-benar menarik perhatian aku. Bila seorang wanita ini, menulis " Pahala pada suami hanya pada mereka yang kuat beribadat pada Allah, dan mereka yang tidak beribadat kepada Allah, bolehlah isteri tidak mentaatinya".

Persoalan yang muncul di dalam minda aku adalah, jika bakal isteri sudah mengetahui yang bakal suami mereka adalah seorang yang tidak mentaati suruhan agama, mengapa mereka tetap memilih lelaki ini untuk menjadi teman hidup?

Adakah kerana dengan alasan itu, mereka boleh tidak mentaati suami? Jadi, dimana salahnya sekarang?

Ada juga komen yang meminta suami mereka agar diberikan rumah dan kereta dengan nama mereka. Jika suami mampu, itu tidak menjadi masalah, bagaimana pula jika tidak? Ia boleh mendatangkan dosa kerana membebankan suami dengan permintaan seperti ini.

Aku tidak memihak kepada mana-mana. Baik wanita atau lelaki. Aku menulis bagi pendapat aku sahaja.

Seperti yang aku faham, selagi mana suami tidak menyuruh isteri melakukan perkara yang melanggar hukum Allah, ia patut di taati oleh isteri. Bagaimana pun, suami perlulah memahami dan melihat pada kehendak juga. Perlu faham dengan keadaan dan situasi isteri.

Isteri juga perlulah melihat kepada keadaan suami. Bukan hanya melihat kepada kepayahan isteri yang melakukan banyak kerja. Isteri diberikan ganjaran pahala yang besar. Memang tidak mampu dilihat sekarang, tetapi pada kehidupan akhirat kelak.

Tetapi, jika rungutan sentiasa ada di dalam hati isteri, dalam erti kata lainnya, tidak ikhlas, apakah wujud perkataan pahala itu?

Aku percaya dengan kebesaran Allah. Dengan setiap apa yang Allah buat. Pasti ada hikmahnya. Mengapa dijadikan lelaki itu seperti ini dan mengapa dijadikan wanita seperti itu.

Perlu di ingat juga, suami menanggung setiap dari dosa isteri. Setiap dari dosa sang isteri. Ia adalah satu beban yang tidak terhingga besarnya. Tetapi ianya tetap dipikul oleh suami. Bukankah ada keadilan disitu?

Bayangkan, selesai sahaja akad nikah, segala tanggungjawab anak itu, terlepas dari seorang ayah dan pergi kepada suami. Ayah menjaga anak sehingga belasan atau puluhan tahun, bila dia menjadi isteri orang, "tanggungan" itu beralih kepada suami pula.

Dan suami mula menanggung semua berkaitan isteri. Jika suami taat menjalankan perintah Allah, tetapi isteri ada melakukan dosa. Ia akan menarik segala pahala suami dan mencampakkan mereka ke dalam neraka.

Tahu bagaimana balasan mereka yang berada di dalam neraka? Boleh search dan baca. Tidak tertanggung oleh sesiapa pun.

Jadi, perlu ada toleransi dan muafakat di dalam kehidupan rumah tangga. Perlu ada tolak ansur. Bukan menidas tetapi membantu antara satu sama lain. Supaya kehidupan di dalam sesuatu keluarga itu menjadi lebih harmoni. Ok.

Hmm. Cukuplah setakat ini perkongsian aku.

    Aku menulis kerana aku merasa.



1 ulasan:

  1. Perkahwinan itu sendiri satu perkongsian.. Kalau masing-masing sibuk mempertahankan hak dalam hubungan suami isteri baiklah x yah berkahwin.. Kena ada tolak ansur dan komunikasi..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.