Ilmu yang perlu ada pada orang awam.

Oktober 07, 2014
Ilmu yang aku maksudkan adalah ilmu perubatan. Mengapa? Aku kaitkan perkara ini dengan kejadian-kejadian kemalangan yang berlaku di sekeliling kita.

Orang awam adalah mereka yang pertama sekali sampai ke tempat kejadian. Betul tak? Jadi mereka yang akan mula-mula menghadapi kes-kes kemalangan ini.

Tak aku nafikan, orang awam juga memainkan peranan yang penting, di dalam mengendalikan kes-kes sebegini. Sementara menunggu pihak berwajib tiba, mereka akan cuba sedaya upaya membantu.

Tetapi, tidak semua daripada mereka mempunyai ilmu perubatan. Jika berhadapan dengan kes-kes yang berat, mereka tidak mampu melakukan apa-apa.

Lihat pada kes kemalangan yang berlaku di lebuh raya. Dengan keadaan 2 lorong di lebuhraya. Aku sangat pasti, lorong kecemasan juga akan menjadi sesak bila tiba waktu perayaan. Bila sesuatu kemalangan berlaku, keadaan jalan raya akan menjadi sesak. Dan ini akan menyukarkan pihak berwajib untuk cepat tiba ke tempat kejadian.

Dan apa yang berlaku? Orang awam akan membantu sedaya upaya mereka. Dan jika mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan, mereka mampu menyelamatkan nyawa. Bagaimana pula jika tidak? Oleh sebab itulah, ilmu perubatan amat penting kepada orang awam.

Pihak kerajaan boleh memberikan latihan percuma. Latihan khas, bagaimana mengendalikan kes-kes kemalangan samada melibatkan nyawa atau tidak. Latihan diberikan tidak hanya pada golongan tertentu sahaja. Mereka yang berada di kampung dan pendalaman juga perlu diberikan perhatian. Mengapa? Kerana mereka juga adalah pengguna jalan raya.

Perlu ada kempen yang hebat daripada pihak tertentu. Ini mampu mewujudkan pemandu malaysia, yang tidak hanya hebat semasa memandu tetapi hebat juga di dalam bidang perubatan.

Kita mampu menyelamatkan nyawa hanya dengan ilmu. Dengan ilmu jugalah, kita mampu menjadi insan yang hebat!

Ke arah menjadikan Malaysia, negara yang maju tidak hanya pada pembangunannya, tetapi pada ilmu rakyatnya.

Aku menulis kerana aku merasa..

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.