6 tindakan bahaya selepas makan!

Oktober 07, 2014
Perkongsian ini dikongsikan seorang rakan di FB, dan aku kongsikan pula disini. Semoga ianya membawa kebaikan kepada semua.

Apakah 6 perkara, yang kita buat selepas makan, yang mana ianya akan membawa keburukan kepada kita.

#1 Merokok.

Alhamdulilah, aku tidak merokok. Pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah sama seperti menghisap 10 batang rokok. Oleh itu, kemungkinan untuk menghidapi kanser adalah tinggi.

#2 Makan buah-buahan serta merta

Bukan bermakna tidak boleh makan buah tetapi lebih baik jika mengambil buah-buahan dalam jarak masa 1-2 jam selepas makan. Hal ini untuk mengelakkan perut mengembung dengan mudah.

* Orang yahudi makan buah sebelum makan. Kerana mereka tahu akan kebaikannya. Bagaimana dengan kita?

#3 Minum teh.

Teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini menyebabkan kandungan protein dalam makanan akan menjadi keras dan sukar di hadam.

#4 Mandi.

Ini yang biasa aku buat. Hish! Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki, dan badan. Ia akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah.

#5 Berjalan.

Ini pun selalu juga aku buat. Hish lagi! Terus berjalan selepas selesai sahaja makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi dari pengambilan makanan kita.

#6 Jangan terus tidur.

Jika kita terus tidur, makanan yang dimakan kita, tidak akan dicerna dengan baik. Ini akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.