Tidak dilahirkan dalam keluarga berada.

September 08, 2014
Mungkin, mungkin ada diantara kita yang selalu mengungkapkan :

" Kenapalah aku tidak dilahirkan kaya seperti mereka".

Aku sebelum ini juga selalu mengungkap kata-kata ini. Aku sukakan perkara yang baru, dan aku amat suka melancong. Banyak negara yang ingin aku lawati, tetapi terhalang dek kerana perbelanjaan yang tinggi.

Jadi, aku sedikit cemburu bilamana melihat mereka yang mampu kemana sahaja, hanya dengan perkataan. Dan tiada langsung masalah kewangan. Mereka kebanyakkannya adalah anak orang berada.

Melancong ibarat ke kedai runcit dibuatnya. 

Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran aku. Kebanyakkannya adalah menyalahkan yang terdahulu. 

Tetapi, ia langsung tidak memberikan aku penyelesaian. Sampai bila aku nak menyalahkan mereka. Dan, ianya tidak mengubah apa pun jika aku asyik menyalahkan mereka.

Jadi, aku menukar cara aku berfikir. Aku sememangnya di lahirkan di dalam keluarga sederhana. Dan aku tidak mahu kekal sebagai manusia sederhana. Kerana persoalan sampai bila itu betul-betul meracuni pemikiran aku.

Aku ingin berada dalam kelompok jutawan. Aku mesti. Jika tidak mampu mencapainya dalam masa kehidupan aku, aku mesti menyediakan tapak untuk anak aku sambung. Aku tidak mahu menjadi mangsa anak aku sendiri. Yang menjadi punca persoalan. Seperti mana aku sebelum ini. Yang menyalahkan yang terdahulu.

Siapa tak ingin kaya? Kan?

Jadi, sampai bila? Sampai bila nak hidup selesa dan sederhana?

H.I

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.