Bina keyakinan diri.
Bagaimana membina keyakinan diri?
Terbaca dalam 1 ebook, antara cara-cara membina keyakinan diri.
Ini adalah 1 daripada 10 perkara yang dikongsikan.
Ia adalah menjaga kesihatan tubuh atau diri. Bagaimana? Kerap bersukan atau ke gym. Memiliki tubuh yang sihat dan ideal adalah impian semua orang. Tetapi tak semua memilikinya kerana ianya hanyalah impian tanpa usaha.
Bila kita memiliki tubuh yang sihat dan cergas ditambah pula dengan penampilan yang baik. Ia mampu menjadikan diri kita lebih yakin.
Ia mampu membuatkan diri kita terasa hebat bila berhadapan dengan orang. Aura itu boleh dirasai orang yang bersama dengan kita ataupun pelangan kita.
Jika kita menjalankan perniagaan, yang memerlukan kita berhubungan secara berhadapan dengan mereka, ini yang menjadi keutamaan.
Bayangkan mereka yang sihat tubuh badan, cergas dan berpenampilan menarik dengan mereka yang longlai, lemah dan tidak bersemangat, di tambah pula penampilan kurang kemas.
Yang mana satu akan berjaya menghasilkan pendapatan?
Bila tubuh sihat, kata-kata yang keluar dari mulut dan minda juga menunjukkan yang diri kita sangat cergas. Itu boleh dirasai oleh orang lain.
Oleh itu, jom amik masa 45minit satu hari untuk bersukan.
Amalkan gaya hidup sihat.
H.I
saya pon kena curi masa utk bersenam ^^
BalasPadamYup, masa jika diuruskan dengan baik, Pasti semuanya berjalan seperti apa yang di rancang.
BalasPadamJom bersenam. :)