Malasnya!

September 15, 2014
Betul-betul terasa malas nak update blog. Huh. Boleh ke cakap camtu? Aku penat memikirkan masalah peribadi aku. Ada banyak cerita yang aku nak kongsikan, tetapi otak aku rasa macam taknak di paksa lagi.

Di dalam kehidupan, baik yang sudah berumahtangga atau masih bujang pasti akan mengalami masalah, cuma yang membezakan adalah dari mana masalah itu timbul.

Aku lebih suka menyendiri bila berhadapan dengan masalah. Aku suka berdiam diri. Apa pun, perkara ini tidak bagus. Kerana ia kelak akan memakan diri.

Apa yang lebih bagus adalah, berbincang, utarakan masalah masing-masing dan cari jalan penyelesaian. Itu adalah yang terbaik.

Hmm. Rasa macam nak diam diri sekejap. Baca post kawan-kawan blogger lain. Mana tahu ada yang mengembirakan hati dan mungkin berkongsi tips menyelesaikan masalah yang paling efisyen. Mana tahu.

H.I

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.