Anak pengikat kasih sayang.

September 16, 2014
Anak. Satu anugerah dari Allah yang tak ternilai harganya. Ia lebih bernilai dari emas permata. Andai kata ianya boleh di beli, dah tentu ramai yang membelinya di pasar-pasar. Tetapi ianya tidak mungkin!

Penantian berbulan lamanya untuk melihat si anak. Bukan hari ni buat, esok dah dapat baby. Lama kena tunggu. Jadi bila ia di lahirkan,  mak ayah adalah orang paling bahagia.

Aku minta maaf awal-awal kalau post aku ni, sedikit menguris hati mereka yang masih belum mempunyai zuriat. Mungkin rezeki anda di tempat lain. Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku di kalangan hambanya.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini adalah, anak itu juga menjadi pengikat kasih sayang antara hubungan suami isteri. Dia juga menjadi benteng pertahanan di dalam hubungan kekeluargaan yang bermasalah.

Bila suami isteri bertengkar, anak sering menjadi penyejuk. Bilamana melihat anak, hati pasti kurang marahnya. Bila hubungan yang semakin retak, anak juga yang menjadi penyelamat. Pasangan sudah pasti memikirkan nasib anak mereka.

Anak bukan sekadar lahir untuk menjadi pelengkap di dalam rumah tangga. Lahirnya mereka membawa seribu makna. Mereka adalah cermin peribadi kedua ibubapa mereka. Mereka adalah simbol, utuhnya hubugan kekeluargaan.

Jadi, mengapa ia perlu di sia-siakan?

Sayangnya, perkara ini tidak berlaku dalam setiap keluarga di Malaysia.

H.I




Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.