Harga rumah meningkat naik!

Julai 15, 2014


Semalam, semasa di dalam bilik meeting bersama rakan-rakan, kami sempat berbual tentang rumah masing-masing. Dan antara topik yang kami bincangkan adalah harga rumah semasa. Ya! harga rumah adalah topik terpenting pada zaman ini. Pada tahun 2014, harga rumah di atas RM200k adalah harga " normal ". Manakala sukar mencari rumah di bawah harga ini ( harga rumah bagi kawasan bandar).

Ini bukan satu masalah besar pada mereka dalam kelas atasan, tetapi perkara terpenting di dalam kelas pertengahan dan bawahan. Bagi mereka yang bergaji di bawah RM3000, ia menjadi sedikit masalah di dalam kewangan. Bayaran rumah, kereta, anak-anak, bayaran bil, bayaran pinjaman dan pelbagai bayaran lagi. Adakah ianya cukup? Ini dalam kehidupan selesa,bagaimana mereka yang hidup dalam kelas bawahan? Kebanyakan hanya menyewa rumah sahaja.

Jadi, apa yang perlu di lakukan? Adakah dengan hanya meminta bantuan dari kerajaan sahaja? Aku suka bercakap kepada diri aku dan orang sekeliling aku. Jangan hanya meminta bantuan sahaja. Perlu ada usaha dalam diri. Bagaimana pula dengan ayat-ayat begini?

" Kau orang ada duit, bolehlah! Kami yang takde duit ni macamana?"

Pemikiran semacam ini yang perlu di ubah! Perlu ada pemikiran dan tindakan, tindakan dan tindakan! Jika mengimpikan rumah sendiri atau rumah mewah. Perlu ada pemikiran dan tindakan! Jika hidup miskin, usaha ke arah kehidupan selesa kemudian kehidupan kaya raya. Bagaimana?


  • Kerja part time. Cari duit lebih dan adakan simpanan tetap. Simpan dalam simpanan perlaburan juga adalah di galakkan seperti ASB dan sebagainya. RM10 juga adalah simpanan, walaupun sedikit, ia tetap di panggil simpanan.
  • Meniaga. Tak perlu melihat modal yang besar. Tengok pada kemampuan diri. Jika kita pandai mesin rumput. Kita boleh mengambil upah mesin rumput di kawasan-kawasan berdekatan. Jika tiada wang untuk beli mesin rumput? Bekerja dengan syarikat yang ada servis mesin rumput, dapat wang, simpan, untuk beli mesin rumput, bila sudah ada mesin rumput, dah boleh mulakan kerjaya mesin rumput.
  • Jika isteri pandai buat kuih. Boleh meniaga kuih. Berniaga di hadapan rumah sudah mencukupi. Atau boleh letak di gerai-gerai makan berdekatan. Dapat wang, masukkan dalam simpanan tetap.
Semua perlu ada target dan keinginan yang kuat. Dan untuk siapa? Ini akan menjadi semangat di dalam diri kita untuk mencapai sesuatu perkara yang kita mahukan. Perlu ada target rumah sendiri, sampai bila mahu menyewa rumah dan membayar rumah orang lain?

Kita tak boleh sekat harga rumah dari meningkat naik. Apa yang boleh kita buat adalah tingkatkan kewangan kita. Perlu kepercayaan yang kuat di dalam diri kita. InsyaAllah. Akan di permudahkan.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.