Berani berubah
Di tempat aku bekerja sekarang, ada pekerja yang dah bekerja selama 12 tahun lamanya. Dan mereka masih melakukan kerja yang sama! Tidakkah mereka merasa bosan dengan kerja mereka? Soalan ini selalu bermain di dalam fikiran aku. Aku sendiri sudah bekerja selama 8 tahun di syarikat ini. Dan aku sudah bertukar skop kerja beberapa kali. Dan ianya adalah suatu keseronokan kepada aku. Persoalannya ialah, mereka yang masih melakukan kerja yang sama, bertahun lamanya.
Bila aku ajukan soalan ini kepada mereka, jawapan yang aku terima adalah cukup mudah.
Jawapan yang pada aku, ada pada setiap orang kebanyakkan. Dalam kelas pertengahan, kelas di mana ramai orang hidup selesa ( bukan kaya). Dan mereka tetap dengan kehidupan selesa mereka. Sama juga dengan perihal sahabat-sahabat aku di sini. Mereka tidak mahu memeningkan kepala mereka dengan task-task baru, bila mereka keluar dari keselesaan mereka.
Di tempat aku bekerja sekarang, jika seseorang operator ingin menjadi technician, mereka perlu mengambil sesuatu task baru, ataupun menjadi project leader bagi sesuatu projek. Dan sememangnya, ia adalah task yang agak berat. Tetapi, bagi aku, ia adalah peluang untuk kita upgrade diri ke arah yang lebih tinggi. Juga upgrade pendapatan kita. Ini yang perlu ada pada seseorang pekerja. Di mana-mana pun.
Jadi, mereka perlu berubah! Keluar dari keselesaan hidup mereka! Upgrade diri. Jika mahu berjaya di dalam sesuatu kerjaya. Pada aku, berjayanya seseorang pekerja itu, adalah jika mereka mencapai tahap tertinggi di dalam organisasi. Ini yang dimaksudkan dengan " Berjaya" kepada aku. Jadi, ubah pemikiran. Ubah cara kita melihat sesuatu perkara itu. Anggap ia adalah tangga untuk naik ke tahap tertinggi. Ini yang selalu aku sampaikan kepada mereka. Dan, alhamdulilah, ada yang mendengarnya.
Kebanyakkan buku motivasi yang aku baca, semua mengatakan, jika ingin berjaya atau menjadi kaya, perlu berubah! Berubah dari segi kita melihat dunia. Berubah dari cara kita berfikir. Dan berani untuk keluar dari keselesaan hidup ( Comfort zone). Ini yang perlu di lakukan jika kita memilih untuk berubah.
Semua orang mahu menjadi kaya, tetapi tidak semua mahukan. Sama perihalnya dengan kerjaya. Semua orang mahu pendapatan yang tinggi, tetapi tidak semua orang mahukan. Masalahnya tidak pada orang lain atau keadaan sekeliling, tetapi didalam minda kita, cara kita berfikir, cara kita melihat.
Kuatkan dalaman kita, dan semua akan tertarik kepada kita. Dan perkara pertama yang perlu dilakukan adalah:

" Aku selesa dengan kerja aku sekarang, buat apa nak pening-pening kepala?"

" Perkara paling mudah untuk kita berjaya adalah dengan mengubah cara kita berfikir"
Kuatkan dalaman kita, dan semua akan tertarik kepada kita. Dan perkara pertama yang perlu dilakukan adalah:
" BERANI BERUBAH".
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com