Perfume pilihan lelaki

Mei 27, 2014
Aku amat suka pada wangian. Sama seperti kebanyakkan orang. Aku suka wangian dan suka pada mereka-mereka yang wangi. Tetapi tidak semua perfume yang boleh aku pakai. Jika tersalah pakai, badan aku confirm jadi panas. Sama juga kalau aku pakai bedak, comfirm badan berpeluh. Kenapa yer?

Jadi, aku sentiasa tercari-cari wangian yang boleh aku pakai dengan rasa selesanya. Setakat ini, ada la 2-3 perfume yang aku dah beli. Samada aku pakai, atau aku simpan sahaja dalam almari.


Hugo boss.
Wangian yang menjadi keutamaan aku. Aku sangat-sangat suka dengan wangian ini. Kerana aku boleh pakai dengan selesanya. Aku suka bau dia yang lembut. Spray banyak-banyak kat badan pon boleh. best!

Hugo boss element.


hmm..hmm..aku pernah beli dan hanya pakai beberapa kali sahaja. bau dia ok..tapi badan aku akan jadi panas kalau pakai yang ini.


CK summer.

Yang ini. Bau dia fresh. aku suka. Warna botol dia juga menarik pada mata aku. Pakai sekali je. Kenapa tak teruskan pakai? Sebab aku dah berkenan dengan dengan perfume hugo boss itu tadi.

Davidoff the game.


Perfume ini masih ada dalam simpanan aku sampai la sekarang. Bau dia pada aku, agak keras. Tak boleh spray banyak-banyak, kalau tak..huhuhu..bersin dan panas la badan aku. Suka dengan bentuk botolnya.

Davidoff cool water.

Ini perfume wanita. Tapi aku suka bau dia. Aku pon beli. Bukan untuk aku, tetapi untuk wife aku. Wife  pakai, aku pon leh bau. hehehehehhe.

Acqua di gio


Ini aku belum pernah cuba lagi dan aku pasti akan beli. Bila aku bukak laman web antarabangsa, hampir kebanyakkan memilih wangian ini. Ada apa padanya? Itu yang buat aku sentiasa tertanya-tanya.

Giorgio amani code & black code.



Wangian ini juga menjadi pilihan ramai. Dan ianya juga akan menjadi koleksi aku nanti. Bila aku dah guna, akan aku kongsikan di sini yer.

Apakah wangian yang aku paling kerap gunakan ketika ini?

Inilah rupanya wangian yang paling kerap aku gunakan. Perfume-perfume di atas aku hanya gunakan untuk perkara-perkara tertentu sahaja, tetapi wangian ini aku selalu gunakan.



Malaikat subuh.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.