Hutang yang makin bertambah.
Sehingga ke tarikh hari ini, masih juga belum menghasilkan pendapatan yang di inginkan. Masih sama seperti sebelumnya. Hutang yang ada makin bertambah. Tekanan hidup juga bertambah. Pendapatan sahaja tidak bertambah.
Terlalu banyak persaingan dalam perniagaan. Bila memikirkan satu bentuk perniagaan baru, ianya sudahpun berada di pasaran. Bila semua yang kita fikirkan ada, bolehkah kita memulakan perniagaan?
Aku selalu memikirkan, jika produk yang ingin aku niagakan sama seperti apa yang ada di market, ataupun sudah banyak di pasaran luar, hanya ada 2 cara sahaja.
Ternyata, perniagaan bukan satu perkara yang mudah. Hampir semua jutawan, malah boleh juga aku katakan, kesemua mereka yang telah berjaya di dalam perniagaan, pernah melalui jatuhnya perniagaan mereka. Tetapi apakah formula mereka bangun semula? Dan membina empayar yang lebih besar?
Aku mencari apakah kelemahan aku. Yang menghalang aku dari menjadi berjaya dalam perniagaan. Aku merasakan yang diri aku sangat lemah dalam bidang perhubungan dan lemah dalam melihat potensi untuk memajukan produk aku.
Aku perlu keluar dari kehidupan selesa aku. Hutang yang sedia ada makin bertambah. Tapi aku masih selesa dengan apa yang ada.
Aku memikirkan aku perlu menghasilkan rekabentuk pada cover produk-produk aku. Corak-corak menarik. Yang mampu menarik orang kepada produk aku. Hiasan dalaman juga penting. Yang mana, dengan melihat sahaja, pelangan boleh merasa kelazatannya.
Aku juga tidak boleh menunggu terlalu lama. Aku juga meminati flora dan fauna. Projek ternakan kelah dan pembiakan bengal juga perlu aku teruskan.
Perniagaan isteri yang lebih kepada kraftangan juga perlulah dijalankan dengan agresif. Aku mestilah menghasilkan risalah dengan lebih banyak. Aku perlu beritahu semua orang di negara ini, dan mereka perlu tahu, apakah yang aku ada.
Aku perlu lebih agresif. Mesti lebih agresif dalam perniagaan. Perlu buang semua sifat negatif. Pemikiran sempit dalam perniagaan juga perlu di ubah.
Aku mesti..

- Aku perlu memikirkan produk lain, yang kurang ataupun baru di pasaran. Yang mana tidak ada lagi orang niagakan di negara ini.
- Jika aku masih menginginkan produk yang sedia ada ini, aku perlulah mencari kelainan. Apakah bezanya produk aku dengan pasaran luar. Mengapa pelanggan perlu beli produk aku. Apa istimewanya produk aku berbeza produk-produk lain di pasaran.
Ternyata, perniagaan bukan satu perkara yang mudah. Hampir semua jutawan, malah boleh juga aku katakan, kesemua mereka yang telah berjaya di dalam perniagaan, pernah melalui jatuhnya perniagaan mereka. Tetapi apakah formula mereka bangun semula? Dan membina empayar yang lebih besar?
Aku mencari apakah kelemahan aku. Yang menghalang aku dari menjadi berjaya dalam perniagaan. Aku merasakan yang diri aku sangat lemah dalam bidang perhubungan dan lemah dalam melihat potensi untuk memajukan produk aku.
Aku perlu keluar dari kehidupan selesa aku. Hutang yang sedia ada makin bertambah. Tapi aku masih selesa dengan apa yang ada.
Aku memikirkan aku perlu menghasilkan rekabentuk pada cover produk-produk aku. Corak-corak menarik. Yang mampu menarik orang kepada produk aku. Hiasan dalaman juga penting. Yang mana, dengan melihat sahaja, pelangan boleh merasa kelazatannya.
Aku juga tidak boleh menunggu terlalu lama. Aku juga meminati flora dan fauna. Projek ternakan kelah dan pembiakan bengal juga perlu aku teruskan.
Perniagaan isteri yang lebih kepada kraftangan juga perlulah dijalankan dengan agresif. Aku mestilah menghasilkan risalah dengan lebih banyak. Aku perlu beritahu semua orang di negara ini, dan mereka perlu tahu, apakah yang aku ada.
Aku perlu lebih agresif. Mesti lebih agresif dalam perniagaan. Perlu buang semua sifat negatif. Pemikiran sempit dalam perniagaan juga perlu di ubah.
Aku mesti..
- Menghasilkan produk yang sama dengan pasaran luar tetapi unik dan berbeza dari mereka.
- Cover dan hiasan dalaman juga perlu unik dan menjadi magnet pada sesiapa sahaja yang memandang. Sehinggakan mereka perlu berhenti berjalan.
- Jika idea datang, aku perlu cepat merealisasikannya. Mungkin ia juga satu bidang bisnes yang besar.
- Perlu melihat peluang perniagaan dari pelbagai sudut. Dan pantas hasilkan keputusan.
- Perlu beritahu pelanggan, apakah yang aku ada.
- Aku perlu memastikan pelanggan yang pernah berurusan dengan aku, kembali semula membeli produk aku.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Aku melihat, jika syukur itu dalam dalam setiap perbuatan, semua perkara akan mudah datang.
- Aku perlu bergerak beramai-ramai ataupun hasilkan kumpulan. Kerana ini yang di praktikan para jutawan.
- Aku perlu lakukan semua perkara di atas, jika aku mahu berjaya.
Aku mesti, mesti dan mesti lakukannya, jika aku mahu, kehidupan aku, dan keluarga aku selesa.
Go! Go! Go!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com