Pemilihan basikal yang betul.

Mei 08, 2014
Baru-baru ni, timbul pula minat baru. Minat untuk mengayuh basikal. Bagaimana timbul minat ini? Aku dulunya aktif di gym, kemudian setelah berumah tangga, masa untuk ke gym agak terbatas ( dalam erti kata lainnya, di bataskan untuk ke gym) jadi, aku memikirkan apakah sukan yang boleh dan aku betul-betul minat untuk melakukannya. Jadi aku memilih basikal. Dan kenapa aku memilih basikal? Kerana aku minat melihat alam sekitar, pokok-pokok, sungai, burung, jadi berbasikal adalah sukan yang terbaik buat aku.

Jadi, bila timbul minat ini dalam diri aku, aku perlu memikirkan, apakah basikal yang sesuai untuk beginner seperti aku. Dan disini, aku cuba untuk kongsikan jenis-jenis basikal dan kegunaannya. Jom lihat...

Secara amnya, ada 3 jenis basikal yang biasa di gunakan dalam aktiviti berbasikal ni ( Sebenarnya ada banyak ) tapi aku cuba nak kongsi yang 3 jenis ni.

1) Road bike (Basikal jalanan)
2) Mountain bike ( Basikal gunung)
3) Touring bike ( Basikal untuk melancong)

Road bike.




Basikal jenis ini biasa kita lihat digunakan untuk perlumbaan dalam le tour d langkawi. Ia adalah model jalanan dan ianya adalah sangat ringan. Tidak sesuai di gunakan untuk offroad. Jika anda memilih untuk membuat kayuhan di atas jalan raya sahaja, ini adalah pilihan yang terbaik. Dan harganya juga? Sangatlah "terbaik".


Mountain bike.




Nama pun dah basikal gunung, jadi basikal ini sangat sesuai untuk aktiviti lasak. Ianya juga sesuai untuk kayuhan pada jalan biasa. Cuma rangkanya agat berat, bila digunakan untuk kayuhan pada jalan biasa, akan memerlukan tenaga yang lebih sedikit. Cuba bayangkan kalau rangkanya ringan dan digunakan untuk kayuhan pada lereng bukit?

Touring bike.




 Basikal jenis biasa digunakan oleh pelancong. Kalau memilih untuk melancong mengunakan basikal, ini adalah pilihan yang terbaik. Kerana disediakan juga ruang untuk meletak bagasi-bagasi. Melancong mengunakan basikal? menarik juga kan?

Jadi, apa yang dapat aku simpulkan adalah, fahami betul-betul, apakah yang kita mahukan sebelum memilih untuk membeli basikal. Kalau kita minat pada jalanan biasa sahaja, road bike adalah pilihan terbaik. Kalau kita suka kedua-duanya, kayuhan pada jalan biasa dan pada jalan offroad, mountain bike adalah pilihan terbaik. Kalau suka melancong, dan perlukan ruang untuk letak bagasi, touring bike adalah pilihannya.

Tepuk dada, tanya selera.

Jumpa lagi dalam entry yang lain.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.