Ingin travel ke Canada?
Sebelum kita kenal pasti, apakah lokasi menarik di sana, jom
kita tengok dulu muka bumi Canada.
Canada map
Hahaha. Kalau tak tengok canada map ni, memang sampai bila-bila pun aku tak tahu Canada ni
berjiran dengan United States dan di sebelah dengan Greenland. Jangan terpedaya
dengan nama Greenland ni ya! Nama sahaja tanah hijau, tetapi ini adalah negara
salji! Maksudnya penuh dengan salji! Jangan tak tahu ya. hehehe.
Orait. Ini fakta ya! Bila sebut mengenai negara ni, perkara
yang paling banyak diperkatakan adalah mengenai Prime Minister of Canada, Justin
Trudeau! Apa yang istimewanya beliau? Ahha! Beliau dikatakan sebagai
perdana menteri paling handsome di dunia. Ye ker? Hmm, yelah kot. Ada rupa. Ada
jawatan. Kan pakej tu? Hahahaha.
Ok. Sebelum travel to
Canada, jom ambil tahu serba sedikit mengenai negara ini. Jarak perjalanan
dari Malaysia ke canada adalah 20jam! Sekali lagi, 20 jam! Itu kalau tengok dalam
google maps la. Tapi melalui bacaan
di blog rakan-rakan yang pernah sampai ke sana. Ada yang kata jarak perjalanan
dari malaysia ke Canada adalah 24jam! Ha?? Lamanya! Naik flight 2jam dari
malaysia ke Bangkok pun dah rasa cukup lama. Berdoa supaya cepat sampai, ini
sampai 24jam? Wow!
Sedikit info mengenai negara ini, Canada adalah sebuah
negara Amerika Utara bermula dari AS di selatan hingga ke Bulatan Artik di
utara. Terdapat beberapa bandar besar di sana antaranya adalah Toronto,
Vancouver, Montréal, Québec, dan ibu negeri, Ottawa. Canada merupakan negara
kedua terbesar di dunia! Dan penduduknya kebanyakannya adalah orang luar yang
datang berhijrah di sini. Jangan tak tahu ya, melalui bacaan, ramai juga rakyat
malaysia yang menetap di sana!
Apa yang menariknya
di Canada? *what best in Canada*
Ini soalan biasa orang akan tanya, apa yang menariknya di Canada
ni? Pernah dengar Niagara Fall? Bangunan
pencakar langit yang bakal mengantikan burj khalifa. Eh! Bukan-bukan. hehehe. Niagara Fall adalah nama kolektif untuk
tiga air terjun yang terletak di sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika
Syarikat. Atau lebih khususnya, antara wilayah Ontario dan the state of New
York. Selain itu, di Ottawa, terdapat banyak bangunan dengan senibina yang
menarik!
Selain itu, bagi mereka yang menggemari pemandangan
semulajadi, korang boleh ke Banff yang terletak di Alberta. Ia adalah taman
negara pertama Kanada. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya,
hiking, ski, berdiri bebas di atas tiang batu kapur yang dikenali sebagai
hoodoos, berbasikal di sepanjang Healy Creek dan macam-macam lagi aktiviti
lain.
Macamana pula dengan
makanan halal? *halal food in Canada*
Ini di antara masalah paling utama bagi orang muslim ketika
travel ke luar negara. Mencari makanan halal. Jangan risau kalau travel to Canada. Kerana banyak
terdapat makanan halal di sana. Ini adalah kerana, ramai orang islam yang
datang berhijrah ke sini. Apa yang penting kita perlu rajin mencari di manakah
lokasi-lokasi restoran halal ini. Atau boleh juga periksa di sini : canadianhalalfoods.
Beberapa tips mudah
untuk travel to Canada.
Ok. Kita sama-sama belajar la ye. Sebagai ilmu jika kita
berpeluang melancong ke sana. Perkara paling utama adalah kena tahu kadar
tukaran wang. Canada menggunakan matawang Canadian dolar *CAD*. Kadar tukaran
wang saat entry ini di tulis adalah bersamaan 1 CAD= MYR3.12. Canada juga
merupakan salah sebuah negara dengan cukai yang tinggi.
Selain itu, Canada merupakan negara 4 musim. Bila sebut 4
musim ni, kenalah tahu, bila waktu yang sesuai untuk melancong. Jangan nanti,
sampai di sana musim salji tapi tak bawa baju sejuk. Untuk elakkan perkara
seperti ini berlaku, ini adalah panduan buat anda jika ingin travel to Canada.
- Musim luruh : September.
- Musim sejuk : Disember
- Musim bunga : Mei.
- Musim panas : Julai
Jadinya, sekarang ni di Canada adalah musim luruh ya! Bila
musim luruh membawa ke musim sejuk, cuacanya sudah sedia sejuk dan berangin. Oleh
yang demikian, jika ada yang merancang untuk travel to Canada dalam masa terdekat, silalah bersiap sedia dengan
pakaian sejuk anda!
Uisss banyak belanja tu kalau ke canada.. hehe.. teringin juga tapi apa kan daya... Ekekee
BalasPadamwah ...asyik ni bisa jalan - jlan ke Kanada... ajak - ajak lah....
BalasPadamGood sharing...
BalasPadamSeronok juga kalo dapat menetap kat Canada..
Tapi tu la.. CUkai pula tinggi.. :D
kena ade duit dulu baru boleh pergi
BalasPadamcontent niche canada cpc tinggi.. 1 klik blh dapt 50usd
BalasPadamkalau ada rezeki bestnya boleh pi
BalasPadamInsyallah tahun depan menetap di canada... ikot encik suami keje sane.. saskatchewan regina...
BalasPadam