Content is king!
Content is king!
| Pernah dengar ayat tu? Bagi mereka yang menyasarkan trafik yang tinggi ke
blog ataupun, dalam usaha untuk menjana income dengan adsense, ini sangat
penting! Kandungan penulisan blog adalah sesuatu yang paling bernilai! Ketika aku
masih di dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan online aku menerusi adsense,
ramai yang berpesan kepada aku, Content is king! Itu jugalah yang selalu aku
simpan di dalam fikiran aku. Bukan mudah sebenarnya Buat Duit Dengan Adsense ni, tapi jika dapat kuncinya,
alhamdulilah, segalanya pasti berubah.
Aku menyasarkan untuk memperolehi nilai minimum pengeluaran
adsense iaitu USD100. Jika dibahagikan kepada minggu, aku perlu dapatkan USD25.
Bagaimana pula dengan hari? Untuk berjaya Buat
Duit Dengan Adsense dengan pengeluaran setiap bulan berjumlah USD100, aku
perlu dapatkan minima USD3.3 sehari! Buat masa sekarang, aku baru berjaya
memperolehi sekitar USD1 sehari. Sedikit bukan?
Peratusan hampir kesemua klik adsense aku datangnya dari
negara bertuah ini, malaysia. Cuma adalah sehari tu dapat klik dari Canada. Gembira
tak terhingga aku waktu tu. Baru aku tahu, kenapa ramai pemain adsense,
mencari-cari klik dari Canada! Sebabnya adalah, klik mereka mahal. Mungkin ini
juga salah satu rahsia Buat Duit Dengan
Adsense. hehe.
Baiklah, berbalik semula dengan cerita Content is king tadi. Bagaimana untuk menulis sesuatu post dengan
kandungan yang hebat? Dah ramai blogger yang kongsikan benda ni. Cuma itulah,
kadang-kadang sifat malas tu datang, jadi kita menulis pun tak ikut sangat
teknik SEO. Bila tiada SEO dalam penulisan, agak susahlah post kita untuk
berada dalam carian pertama google. Kan?
Oleh yang demikian, kalau target aku adalah untuk dapatkan
USD100 setiap bulan *atau lebih*, sifat malas tu tak perlu ada la kan? Kena
buang jauh-jauh. Kena mulakan menulis sesuatu yang bernilai. Kena juga cari
tips bagaimana nak dapatkan click dari Canada. Hehe. Rasanya kena ubah la semua
penulisan dalam blog ceritaejoy ni kan? hehehe.
nice sharing
BalasPadamBlog bm dapat klik dari Canada? Hebatlah!
BalasPadamTahniah Ejoy..
In shaa Allah dalam masa terdekat ni pasti dapat $100 sebulan.. ^_^
itulah..saya sebenarnya masih tercari-cari. mereka datang melalui keyword mana. kalau dapat keyword tu memang best la. hehehe
PadamUsaha tangga kejayaan. :D All the best to you!
BalasPadam