Info terkini banjir : Tak nampak tanda surut
Kuala Lumpur: Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor
tidak menampakkan pengurangan di segi jumlah mangsa banjir, pagi ini.
KELANTAN mencatatkan kenaikan kepada 81,923 mangsa banjir
sehingga 12 tengah hari ini, berbanding 45,467 mangsa, semalam.
Sehingga ini, jumlah keseluruhan mangsa di semua negeri
terbabit, termasuk Perlis dianggarkan 158,000, berbanding sekitar 119,000 yang
direkodkan malam tadi.
Aras air enam sungai di Kelantan kini melebih paras bahaya
dan antaranya, Sg Lebir di Tualang, 37.86mm(aras bahaya 35.00m - trend
menurun), Sg Kelantan di Kuala Krai, 32.15m(aras bahaya 25.00 - trend menurun),
Sg Kelantan di Kusial, 22.23m(aras bahaya 16.00m - trend menurun), Air Mulih,
10.78m(aras bahaya 10.65m - trend menurunn), Sg Kelantan di Jeti Kastam,
6.96m(aras bahaya 5.00m - trend mendatar), Sg Golok di Rantau Panjang,
10.17m(aras bahaya 9.00m - trend mendatar), Sg Golok di Kuala Jambu, 3.05m
(aras bahaya 2.50m - trend mendatar).
Sungai yang barada di aras melebihi amaran adalah Sg Golok
di Jenob, 23.08m(aras bahaya 23.50m - trend mendatar), Empangan Bukit Kwong,
17.38m(aras bahaya 17.72m - trend mendatar) manakala Sg Galas di Kampung
Lembaga melebihi paras waspada.
Di TERENGGANU, jumlah terus meningkat kepada 35,236 orang
membabitkan 8,756 keluarga, berbanding 35,116 orang, 12 tengah malam tadi.
Di PAHANG, jumlah mangsa menunjukkan peningkatan sedikit
kepada 35,561 orang daripada 9,077 keluarga, berbanding 33,324 orang daripada
8,477 keluarga, malam tadi.
Di PERAK, Penolong Setiausaha MKN Norhafizah Zainuddin,
berkata berlakunya ralat pada jumlah jumlah mangsa banjir di PERAK yang
dilaporkan MKN, 10 malam semalam.
Katanya, jumlah mangsa banjir sebenarnya di Perak meningkat
kepada 6,321 orang daripada 1,579 keluarga dan bukannya 4,335 orang daripada
1,079 keluarga seperti dilaporkan.
Di JOHOR, 1,111 mangsa daripada 279 keluarga sudah
dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding 930 orang daripada 240 keluarga,
tengah malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, berkata
satu pusat pemindahan di Kota Tinggi dibuka kira kira 9 malam.
Katanya, ia menjadikan Kota Tinggi menjadi daerah keenam
terjejas akibat banjir selepas Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.
Di PERLIS, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 209 daripada 66 keluarga
berbanding 268 daripada 80 keluarga pada sebelah petang semalam.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Salam hujung minggu Ejoy... InsyaAllah akan surut nanti ..Semoga semua mangsa banjir terus bertahan dan sabar serta tabah menghadapi ujian ini
BalasPadamnice sharing :)
BalasPadam