Banjir di pantai timur semakin serius!

Disember 24, 2014
alt

KUALA LUMPUR 24 Dis - Keadaan banjir bertambah serius  menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).

Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat sebanyak 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi.

Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.

Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.

Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Gua Musang dengan 5,259 orang diikuti Pasir Mas (8,754) dan Kuala Krai (4,608).

Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.

Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.

Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan. Foto - Facebook Info Banjir

Sumber : http://www.rakyatnews.my/

6 ulasan:

  1. Mashaallah. Teruknya banjir.
    Diharap keadaan kembali pulih dengan kadar segera.
    Sama2 kita berdoa pada Allah.

    BalasPadam
  2. dari semalam tak senang duduk..moga family di Kelantan selamat..

    #prayforpantaitimur

    follow sini ye haffizul.

    jemput jengah www.adaa-inspiration.com

    BalasPadam
  3. memang teruk tahun ni . #PrayForPantaiTimur

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.