Pemandu yang memandu lawan arus adalah seorang OKU?
Pemandu yang memandu
lawan arus adalah seorang OKU? | Masih belum habis lagi cerita mengenai kes
pemandu yang memandu lawan arus dan menyebabkan kematian tempoh hari. Terkini,
menjadi viral selepas tersebarnya kad yang menunjukkan pemandu ni seorang OKU. Dan
katanya polis juga mengesahkan yang dia ni bukan di bawah pengaruh dadah
sebaliknya Amfetamina. Sejenis ubat yang biasa digunakan oleh mereka yang
berpenyakit gangguan defisit perhatian (ADD).
Ok. Cukup setakat ayat lurus itu. Sekarang, meh kita
bercerita mengenai hal ini. Kalau kita tengok dekat kad dia tu, memang kad OKU,
tapi kalau tengok dekat bawah, dia ni bermasalah pembelajaran. Jadi aku yang
kurang ilmu ni, kalau baca masalah pembelajaran, apa yang aku faham, dia ni
lambat terima sesuatu. Bukan bermasalah mental.
Kalau dia tulis masalah mental pun kita tetap akan salahkan
dia sebab dia memandu kereta lawan arus dah 1 hal, melibatkan kematian orang
pulak tu! Kemudian tiada pelekat OKU pulak dekat kereta, huh! Sunguh aku tak
faham kenapa, bila dah jadi 1 hal besar macam ni, macam-macam yang keluar! Itu ini.
Tengok dalam facebook ok je kan?
Sekarang ni memang ramai yang ternanti-nanti apa bentuk
hukuman yang dia bakal kena. Ini melibatkan kematian ni! Bukan hal kecik-kecik!
Sebab dia ni yang bermasalah pembelajaran ni, nyawa yang tidak berdosa
melayang! Betul juga kata kawan-kawan aku, benda dah nak jadi kan. Dah takdir,
tapi cuba bayangkan kalau yang dia langgar tu lori kontena ke, bas ke,
macamana?
Apa pun, takziah pada keluarga mangsa. Semua benda dah
ditentukan oleh yang maha esa. Pasti ada hikmahnya dalam setiap kejadian dalam
muka bumi ini. Semoga pihak berkuasa membuat keputusan yang tepat di dalam kes
ini.
kan dah .. beberapa hari lalu ada orang bagi komen akan berlaku spin cerita ni untuk menyelamatkan pesalah lalulintas ni sebab yang terkorban tu adalah orang melayu .. polis dengan JKM bersekongkol berusaha menyelamatkan pesalah trafik ni dan jangan terkejut nanti kalau mangsa yang terkorban serta isteri beliau yang mengandung tu pulak yang di dakwa, apa nak heran memang undang-undang Malaysia hanya nak menakan orang melayu
BalasPadammasa awal-awal dulu polis dah sahkan pemandu tu dibawah pengaruh dadah cuma belum disahkan di bawah pengaruh arak.. hari ni dah lain pulak . spin jangan tak spin
BalasPadambanyak info betul ke kan
BalasPadamtak fahamla, kalau dia incompetent to drive, lesen dapat mcm mana.. membahayakan orang..
BalasPadam