Lepas satu, satu yang datang!
Lepas satu, satu yang
datang! | Nampaknya tahun 2017 sememangnya tahun yang mencabar buat aku.
Aku sendiri tak tahu kenapa. Lepas satu, satu masalah/perkara tak best yang
datang! Sampaikan aku selalu tertanya-tanya, kenapa dengan tahun 2017 ni? Apa
sebenarnya benda yang nak datang ni? Kalau ada rakan-rakan pembaca blog
ceritaejoy yang selalu singgah dan baca blog ni, mesti akan perasan beberapa
luahan aku mengenai perkara-perkara yang menimpa aku dalam tahun 2017 ni!
Ada apa dengan tahun 2017?
*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini
Sekarang ni, waktu aku menulis ni, kepala aku masih
berdenyut-denyut! Tension! Semua ada! Semua serba tak kena rasanya. Baru masuk
march 2017, aku dah rasa banyak perubahan dan perkara-perkara yang berlaku
dalam hidup aku. Puas jugak aku nak set minda aku ni supaya sentiasa fikir yang
ianya adalah suatu yang positif. Orang cakap, mesti ada benda baik yang nak
datang.
Tapi bila aku dah berjaya set, datang pulak benda lain! Terus
automatic apa yang aku dah set tu hancur macam tu je. Puas aku mengeluh
sorang-sorang. Dekat dapur, dalam bilik mandi! Sebab aku tertanya-tanya, kenapa
dengan tahun 2017 ni? Kenapa banyak sangat benda yang datang tak sama macam
tahun-tahun sebelum ni?
Aku selalu masukkan dalam minda aku, mungkin Allah sedang
menguji minda aku agar boleh menerima segala macam tekanan. Mungkin juga doa
aku untuk menjadi seseorang yang sangat berjaya sedang dalam proses di
makbulkan. Yelah, orang berjaya mampu menepis segala macam tekanan. Jadi ini
mungkin salah satu daripada ujiannya.
Semoga aku dapat
mengharungi segala macam cabaran mendatang. Amin.
tipu klu kita kata kita tidak mengeluh atau runsing bila sesuatu perkara yg kita tidak harapkan itu muncul.Semua orang boleh boleh letakkan mind set macam², tapi kekuatan iman dan kesabaran hati adalah kunci kepada semuanya...Bykkan berdoa dan ingat Allah..semoga apa sahaja masalah atau dugaan yg menimpa awak,nieyl harap ianya akan berakhir dan dipermudahkan..InsyaÁllah..Ameen... :)
BalasPadamMay Allah ease everything for today... :)
BalasPadamSiapa di sini yang tidak mahukan kejayaan, pasti semua berusaha untuk berjaya tapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya.
ada hikmah disebalik semua ini.. fighting..!!
BalasPadam