Apakah hala tuju sebenar seorang blogger?

Mac 08, 2017
Apakah hala tuju sebenar seorang blogger

Apakah hala tuju sebenar seorang blogger? | Aku tertarik untuk menulis mengenai hal ini setelah membaca komen seorang top blogger malaysia ni. Yang sebenarnya, aku kurang jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Kalau tengok pada apa yang dia cakap tu, aku sendiri tak pasti, apakah hala tuju seorang blogger itu dinilai melalui penulisan atau cara dia bergerak dalam dunia blogger ni. Dari apa yang aku nampak, dia macam nak cakap yang cara seseorang blogger itu bergerak yang menampakkan dia jelas dengan hala tuju sebenar ni.

Yang sebenarnya, apa yang di maksudkan dengan hala tuju sebenar seorang blogger ni?
Kalau kita tanya mana-mana blogger pun, atas alasan apa mereka menjadi seorang blogger? jawapan yang keluar pasti sama.

Kerana inginkan suatu ruang untuk menulis. Atau mungkin sebagai diari untuk tatapan generasi akan datang. Dan tak kurangnya ingin jana pendapatan online.

Persoalan sekarang, apakah itu hala tuju sebenar seorang blogger? Kalau tanya pada aku, jawapan aku ya! Tapi macamana pula pandangan top blogger? Mungkin mereka akan cakap, itu jawapan blogger yang tiada hala tuju. Jadi apa maksud sebenarnya?

Mungkin mereka akan cakap, blogger tak boleh bergerak sendiri. Perlu bergerak dalam kumpulan, baru boleh berjaya. Tentang hal itu, aku setuju la. Tengok macam aku. Gerak sorang-sorang. Malap je blog ceritaejoy ni. hahahaha. Bukanlah aku nak kata aku ni sombong. Tidak! Tapi aku masih lagi terkesan dengan cerita lama. Adeh! Malas la nak cerita lagi. Benda dah lepas. Cuma aku je yang masih ingat perbuatan seorang blogger ni.

Punyalah ingat sampai langsung tak nak singgah blog dia. Tak nak friend dekat facebook, Instagram. Sampaikan kalau boleh tak nak tulis atau sebut pun nama dia. adeh. Teruk sangat aku ni!

Atau mungkin top blogger malaysia ni akan cakap, hala tuju seorang blogger adalah melihat daripada cara mereka berkongsikan maklumat atau ilmu dalam blog mereka. ok! Macamana pula kalau blogger tu tulis mengenai kehidupan dia? Hobi dia? atau mungkin tulis apa sahaja yang dia nak tulis? Apakah itu bermakna blogger ni tiada hala tuju?

Aku yang sebenarnya, betul-betul masih kurang faham dengan maksud Apakah hala tuju sebenar seorang blogger ni. Jadi aku nak tanya korang, apa yang korang faham dengan maksud hala tuju sebenar ni? Jom kita bincang.

3 ulasan:

  1. Halatuju akhirnya seorang blogger adalah buat duit... Takkan ada kerja sia-siakan...

    BalasPadam
  2. jd blogger kena la ada target..for the next 10 years, apa nak jadi pula dengan blog ni, dah berapa banyak kali convert blog ni kepada reader yang berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak faham dengan soalan ni:

      apa nak jadi pula dengan blog ni, dah berapa banyak kali convert blog ni kepada reader yang berkualiti

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.