Menang giveaway slimmtreat : Chia seeds Slimmtreat!
Aku dah banyak tengok bloggers malaysia, bloggers Indonesia,
Singapore dan seluruh negara punya bloggers menulis mengenai Kebaikan Chia Seed
ni. Ada yang cakap, Kelebihan Chia Seed untuk orang berdiet, untuk orang yang
nak kurus, untuk penyakit darah tinggi, untuk ibu hamil, untuk kanak-kanak, eh!
Macam-macam kelebihan ada, tapi tahu tidak, aku tak pernah pun rasa nak baca! Hahaha.
Ada juga blogger yang ceritakan dalam blog mereka, yang
mereka berjaya menanam benih chia ni. eh! Tumbuh pokok lah! Tapi tak juga aku
berjaya menarik minat aku sendiri untuk membaca. Sebab macam tak nampak apa-apa
yang menarik dekat situ! Tapi! Ahha! tapi, selepas aku dapat 1 pek Chia seeds
daripada Slimmtreat ni, aku terus jadi minat nak cari info.
Tahu kenapa?
Sebabnya, aku tak tahu dengan cara macamana aku nak
manfaatkan makanan organic ni. hahaha. Itulah, sombong lagi taknak baca apa
orang tulis kan? hehehe. Oklah. Lanjutkan terus dengan topik utama aku harini. Sebelum
itu, kenalah tahu Asal Usul Chia Seeds ni. Aku ceritakan secara ringkaslah ye,
jika mahukan info yang lebih, kenalah cari, ok?
Asal Usul Chia Seeds.
Ok. Benih chia ni diperolehi daripada Salvia hispanica of
the Lamiaceae family. Benih-benih Salvia ni digunakan secara perubatan dan
makanan. Orang lama dulu menganggap benih chia ni sama penting dengan tanaman jagung.
Boleh juga dikatakan yang chia seed ni menjadi makanan ruji kepada masyarakat
di wilayah Aztec nun di mexico! Kalau kita di malaysia ni, apa makanan ruji
kita? ha! Pandai pun, nasi lah. Hehe.
Dan seperti yang aku ada beritahu awal tadi, banyak
sebenarnya kelebihan Chia seeds ni. Antaranya adalah untuk mereka yang sedang
diet. Kalau kita baca info mengenai makanan organic ni, katanya ianya mampu
mengenyangkan orang yang makan tu. Kiranya ambil sekali dan ianya mampu
memberikan tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar sekaligus
mengurangkan kita untuk kerap makan! Ha! Itu yang aku baca hasil daripada penulisan bloggers lain ya.
Cara Makan Chia Seed.
Orait. Disebabkan aku tak tahu macamana cara nak makan chia seeds ini, sekali lagi aku perlu cari
info mengenainya. Eh! Rupa-rupanya banyak hidangan istimewa yang kita boleh
buat dengan chia seeds ni. antaranya adalah:
Sekarang. aku dah tahu asal usul chia seeds ni, kemudian
yang dapat beberapa info mengenai dan dah tahu pun cara nak makan chia seeds
ni. Langkah seterusnya adalah, hasilkan makanan yang sedap dan tentunya
berkhasiat dengan chia seeds ni! hehehe. Bila menjadi nanti, bolehlah aku
kongsikan dalam blog ceritaejoy ni nanti ya! ok. Aku nak cuba buat dulu ya! J
alhamdulillah & thniah =D
BalasPadamHehe. Kite terus cari kelebihan chia seed untuk pregnant woman. :)
BalasPadamTahniahh! Tak pernah merasa jugak chia seed ni. Selalu tengok dlm blog dan insta je. :)
BalasPadamtahniah2. hehe. sy tak pernah rasa mcm mana rasa chia seed tu.
BalasPadamSedap tak? Dengar cerita boleh kurus kalau makan chia seed ni.. :O
BalasPadam