Terkejut dengan berita rakan kena stroke sebelah muka!
Terkejut dengan berita rakan kena stroke sebelah muka! | Awal pagi tadi, sewaktu duduk berbual dengan rakan-rakan sekerja, aku ada tanyakan 1 soalan pada mereka. Sebenarnya semalam aku cuti dan semalam juga ada sorang rakan sekerja aku ni terlibat dengan kemalangan. Kalau ikut pada cerita yang dikongsikan semalam, member tu kritikal. Jadi nak tahu cerita selanjutnyalah dari member-member yang lain.
Dalam pada berbual tu, baru aku tahu pasal sorang lagi kawan
sekerja aku ni. Yang sebenarnya, tak ramai juga yang tahu kes member aku ni,
adalah beberapa orang je yang tahu. Jadi kami pun berbual lah. Kata nya, ada
sorang pekerja ni, tiba-tiba je mengalami masalah pada muka. Atau lebih tepat
lagi stroke sebelah muka! Tak boleh bergerak langsung!
Korang bayangkan, dia tengah basuh muka, lepas tu berkumur. Waktu
dia berkumur tu, air keluar laju je sebelah muka dia. Tak boleh control! Lepas tu
dia perasan kening tak boleh gerak! Bila tengok cermin, sebelah muka dia nampak
macam jatuh!! Ha?? Lepas tu mata tak boleh tutup! Mulut tak boleh tutup! Terbukak
je!
Menakutkan! Aku yang dengar cerita member-member aku tu,
senyap je! Tak tau nak cakap apa! Diarang cakap, member ni, nak tidur, kena
tutup mata dia guna jari! Mulut pun sama. Sampaikan dia taknak makan, sebab
bila makanan masuk mulut, makanan tu keluar balik! Arghh! Dah kenapa ni? Sakit
apa ni?
Kena pulak bila di tanya macam mana boleh kena macam tu,
semua tak tahu. Bila diarang tanya member ni, dia pun tak tahu, tahu-tahu,
tengah basuh muka, semua dah tak boleh gerak. Korang bayangkan kalau korang
dekat tempat dia? Apa korang rasa? Apa korang akan buat? Confirm mati akal
sekejap kan?
Aku cuba cari dalam google, dia ni kena sakit apa dan apa
penyebab stroke sebelah muka ni. Dan apa yang aku jumpa memang sesuatu yang
memeranjatkan!
Penyakit tu dikenali sebagai lumpuh saraf wajah atau Bell's
Palsy ataupun stroke sebelah muka. Penyakit ni kata orang adalah penyakit
stroke ringan atau permulaan kepada serangan stroke. Bila seseorang kena
penyakit ni, muka diarang memang tak boleh gerak sebelah. Mata tak boleh tutup.
Kening tak boleh gerak. Mulut tak boleh tutup sebelah.
Punca kepada penyakit Stroke sebelah muka.
Aku sebenarnya memang tak suka tahu kesan kepada penyakit. Aku nak tahu kenapa boleh kena sakit ni. Bila aku cari-cari, banyak yang cakap tiada penjelasan jelas kepada penyakit stroke sebelah muka ni. Tapi banyak yang kongsikan ianya berpunya daripada cuaca sejuk. Diantara penyebabnya adalah:
- Tidur terlangkup atau bahagian muka melekap pada lantai sejuk. Eh! Aku biasa tengok orang tidur macam ni. Aku pun suka tidur atas lantai sebab sejuk tapi bukan terlangkup la. Ha! Jadinya lepas ni beringat! Jangan tidur terlangkup! Atau muka tu atas lantai yang sejuk. Yang sebenarnya, tak kisahlah sejuk atau tak, jangan tidur dengan bahagian muka menempel atas lantai. Ok?
- Keringkan rambut lepas mandi! Weh! Aku kalau kalau mandi, rambut basah, aku tak lap kering-kering kot. Kalau aku betul-betul penat, lepas mandi, aku lap ala kadar, lepas tu terus tidur. Lepas ni memang lah, memang aku akan lap betul-betul sampai kering!
- Jangan tidur dengan kipas dihalakan terus pada muka. Aku selalu buat!! Argh!! Dalam sedar tak sedar kan, apa yang kita buat sebelum ni sebenarnya boleh mendatangkan bahaya. Ingat. Penyakit stroke sebelah muka ni adalah disebabkan cuaca yang sejuk pada muka. Kalau dah angin tu dihalakan pada muka, rasanya macam mana?
- Aku tak pasti pasal benda ni. Tapi antara perkongsian, diantara penyebab penyakit stroke muka adalah kerana menggunakan bantal yang terlalu tinggi ketika tidur. Benda ni, sebenarnya memang tak bagus pun sebab boleh beri effect pada tulang belakang. Jadi lepas ni, jangan buat ya!
Dan last sekali, kenalah selalu beringat, jangan biasakan
wajah kita kerap sejuk. Contoh kalau kepala kita kena hujan, muka kita mesti
sejuk kan? Cuba cari usaha untuk hangatkan wajah kita. kadang benda tu nampak
macam simple tapi kesan dia diluar pemikiran kita. Jangan nanti, bila dah kena
dekat batang hidung sendiri, baru kita nak beringat. Ok?
Menakitkan baca perkongsian tuan ni.
BalasPadam.
😂 Betapa besarnya nikmat kesihatan. Sampai bila dah ditarik baru kita sedar.
.
Sebelum tu kita ambil take things for granted.
.
First time maz ee dengar bell palsy tu.
.
😐
.
Tapi kan kalau fikir positif, ini lebih baik dari kena serangan strok sebelah badan kan. Ini masih boleh buat kerja macam biasa.
.
Kebetulam masa baca ni, tengah gagahkan diri makan oats tiap hari.
.
Nak sihat. Hehe
huu menakutkan nyaa..
BalasPadamAllah... Semoga diberi kesembuhan pd beliau dan semoga dihindarkan semya ini dr terjadi pd kita... Mcegah lebih baik dr mengubati... Terima kasih utk ilmu yg dikongsikan
BalasPadamAllahuakhbar, xdpt bygkn perasaan kawan skerja tu.. smoga cepat sembuh hendakny, ju yakin pasti ada rawatan yg boleh pulihkn smula keadaan beliau, wlu xscepat kilat kesan ny skurg2 ny bperingkat
BalasPadam