Dah tak boleh post link blog dekat facebook lagi

Januari 20, 2017
Dah tak boleh post blog dekat facebook lagi

Dah tak boleh post link blog dekat facebook lagi | Aduh! Mulanya dengan masalah template blog yang sehingga kini masih belum selesai. Kemudian datang lagi 1 masalah, dah tak boleh post url blog dekat facebook. Aduh! Dah kenapa kan? Ceritaejoy macam ni, 2 hari lepas aku tengah post link blog dekat facebook. Waktu tengah post, anak pulak meragam! Jadinya kenalah layan anak dulu. Letak handphone dekat tepi.

Melayankan anak sampai mereka semua tidur, aku pun kembalilah nak post link blog dekat facebook. Tapi cubaan pertama aku untuk post link tu gagal! Eh! Dah kenapa kan? Sebelum ni ok je? Kan? Jadi aku cuba lagi, pun sama juga gagal. Aduh! Dah kenapa ni kan? Tiba-tiba je tak boleh post. Sebelum ni ok je.

Bila di tanya pada rakan-rakan yang lain, katanya cuba tunggu 24 jam. Jadi aku cuba lagi post malam tadi. Hati tu sebenarnya macam seronok je pada awalnya. Yelah, trafik dari facebook pun banyak juga. Tapi bila aku cuba post, aduh! Sama jugak? Masih lagi disekat daripada share link di facebook. Dah kenapa ni? Kenapa tiba-tiba tak boleh share link?

Awal pagi tadi, aku post status dalam facebook aku, ceritaejoy. Dengan harapan jika ada rakan-rakan yang pernah mengalami nasib macam aku, dapatlah diarang kongsikan cara nak selesaikan benda ni. eh! Rupanya ada beberapa orang blogger yang lain, diarang pun tak bleh share link blog dalam facebook! Rupanya bukan aku sorang jelah kena macam ni kan?

Bila di tanya pada mereka yang pakar, katanya mungkin kita sent terlalu banyak post pada group dengan ayat yang sama. Bayangkan, nak post dekat 50 group blogger. Tak kan kita nak guna ayat yang berbeza kan? Mestilah kita guna ayat sama. Dan katanya, facebook akan anggap itu sebagai spam! Adeh! Dah kenapa kan?

Itu 1, ni lagi 1, part yang kurang menyenangkan adalah, bila ada yang report pasal post kita tu. Adeh! Aku bukannya share benda-benda yang bukan-bukan. Terbukak sana ke, terdedah sini, terbakar sana ke, terluka sini ke, pun ada yang nak report ke? Aduh! Sedihnya la hai.

Apa pun, trafik blog ceritaejoy sekarang memang semuanya daripada google je. Sebab dah tak boleh nak post dekat facebook kan. Harapan aku, ianya hanya bersifat sementara dan aku akan dibenarkan kembali untuk share link dalam facebook. Sayanglah kan, dah kurang trafik dekat situ. Hish. Sedih sungguh.

3 ulasan:

  1. alamak, mgkin block sementara waktu kot, harap xbpnjgn

    BalasPadam
  2. Dahsyatt, moga tak lama masalah ni 😊

    BalasPadam
  3. Huh.. lea ingat lea jerk alami bende ni.. Hadoii.. Masalah lagik besar bila nak letak link blog di bhgn komen dalam post group pown dah tak boleh.. huhuhu... tak dapat job la pas ni jwbnye..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.