Muka artis tersohor digunakan dalam iklan ubat kuat?
Muka artis tersohor
digunakan dalam iklan ubat kuat? | Aduh! Agak memeranjatkan juga berita ni
bilamana gambar penyanyi tersohor negara, Datuk siti nurhaliza dikatakan telah di
salahgunakan penjual ubat kuat bagi melariskan produk mereka! Katanya
iklan itu telah diiklankan di laman sosial Instagram. Teruknya lagi, pengiklan
itu telah menyatakan bahawa, penyanyi itu dah suaminya adalah pengguna produk
mereka. ha?
Eh! Bukan takat itu je, katanya promosi tu telah dipautkan
dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut yang
dikatakan mati pucuk? Oii! Beraninya mereka? uii. Dan dah tentulah, apabila
datuk siti tahu mengenai hal itu, dia terperanjat. Dan apa yang pasti, akan ada
tindakan yang akan di ambil selepas ini.
Rasanya benda ni dah banyak sangat berlaku. Orang yang tak
bertanggungjawab gunakan gambar orang tertentu untuk lariskan produk mereka.
Dan benda tu dah terang-teranglah salah kan? Ada pulak, blogger yang buat
perkara macam ni, hanya untuk dapatkan trafik. Apa-apa pun sentiasalah
berhati-hati dengan apa yang kita buat ya! Takut nanti, 1 hari nanti, kita pula
yang kena, ya!
Takde idea lain ker depa nie... Menganiaya orang jer...
BalasPadam