Lepas isu nak mandi, kini gimik katil pulak
Lepas isu nak mandi,
kini gimik katil pulak | Aku sebenarnya tak suka sangat bercerita pasal
politik ni, tapi bila terbaca berita harini, rasa macam seronok pulak nak
cerita dalam blog ceritaejoy ni. hahaha. Takda apa-apa maksud tapi seronok gitu
je, ok. Hahaha. Selepas Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil dengan hanya
berpakaian mandi sebab isu air, sekarang ni dia tampil dengan gimik baru pulak,
rumah urut! Hahaha.
Boleh pulak tu bawa katil dengan tilam segala dengan
pelbagai peralatan lain untuk buat gimik ni. Aku jarang tengok berita, tapi
banyak juga berbual dengan rakan-rakan sekerja. Kata mereka, sekarang ni memang
banyak isu pasal rumah urut, eh! Yeker? Yang aku tahu, sekarang tengah isu plastik,
itu pun wife aku yang cerita. Hahaha.
Eh! Tak kisahlah mana-mana pun kan. Yang pastinya, aku suka
pula tengok mereka ni dengan gimik mereka. hahaha. Ini isu panas ni, tak boleh
cerita lebih-lebih, jadi korang baca jelah berita yang aku ambil dari sinar
harian ni ya! selamat terhibur! Hahaha.
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos buat hal lagi di depan pagar Bangunan SUK Selangor hari ini.
Beliau muncul bersama- sama pengikutnya dengan beberapa buah katil serta mengadakan gimik urutan di rumah urut.
Menurutnya, setakat siasatan yang dilakukan oleh rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti di rumah-rumah kedai seluruh Selangor.
"Kedatangan saya di hadapan bangunan SUK hari ini adalah untuk memaklumkan pada orang ramai mengenai aktiviti perniagaan lesen rumah urut di Selangor ini.
"Selama 40 hari rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti pekerja-pekerjanya juga merupakan warga asing dari negara-negara jiran," katanya ketika sidang media di hadapan pagar utama bangunan SUK Selangor, hari ini.
Tambahnya lagi, beliau turut berasa hairan apabila premis-premis ini sangat mudah memperoleh lesen untuk menjalankan perniagaan.
"Saya berasa pelik kerana perniagaan ini sangat mudah untuk beroperasi dan jalankan perniagaan mereka, sama juga isu dengan rumah judi.
"Sedangkan resort saya itu, sudah lima tahun saya mohon lesen perniagaan tetapi hingga ke hari ini masih tidak dapat," katanya lagi.
Sebelum ini, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik Jamal memandangkan resort itu menjalankan aktiviti tanpa lesen.
Sumber : SinarHarian
kelakar la jamal ni.. haha!
BalasPadam