Jangan kerap tukar template blog kalau tak mahu ini terjadi!

Januari 18, 2017
punca trafik blog turun mendadak

Jangan kerap tukar template blog kalau tak mahu ini terjadi! | Siapa suka tukar template blog? Kalau suka, kita geng. Aku memang suka tukar template blog ceritaejoy ni. Kalau tengah blogwalking dari blog ke blog dan terjumpa template yang cantik, aku mesti download dan gunakan. Itu aku dulu. Sebab mata aku ni memang susah nak puas. Aku tak boleh tengok benda yang sama je dalam tempoh yang lama. Tapi dalam pada keseronokan aku tu, akhirnya aku menerima padah! Sebab tu Jangan kerap tukar template kalau tak mahu ini terjadi!

Ceritaejoy macam ni, ada seorang rakan blogger malaysia yang nasihatkan aku supaya jangan kerap tukar template blog. Mulanya aku macam tak ambil kisah je sebenarnya tapi bila kena kat batang hidung sendiri, barulah rasa nak menyesal. Huhuhu.

Kenapa tak boleh kerap tukar template blog?


Ok. Kenapa aku cakap jangan kerap tukar? Ini adalah kerana, ianya akan memeningkan robot. Aku nak bercerita pasal crawl segala ni aku tak pandai. Cukup korang faham, blog kita ni akan dimasuki robot. Tujuan dia, nak kenal pasti blog dan artikel yang kita tulis. Lagi banyak kita tulis, lagi banyaklah data yang diterima robot tu.

Sebab tu kalau korang tengok, mereka yang dah lama menulis blog ni, trafik diarang tinggi je walaupun tak update blog selama seminggu! Semuanya sebab banyak data yang diterima oleh robot tu tadi. Jadi apa kaitannya dengan tukar template blog ni tadi? Ahha! Macam ni.

Template blog tu macam panduan untuk robot tu la. Jadi kalau kita kerap tukar, nanti robot tu pening. Bila kita tukar harini, robot tu akan masuk dan baca. 2 atau 3 hari lepas tu, kita tukar lagi, dan robot tu kena mula daripada awal semula. Lebih teruk? Harini tukar, robot tu masuk dan baca. 2 minggu lepas tu, kita tukar lagi, robot tu yang dah faham dengan code kita, kena mula balik semula. Masuk dan baca dari awal. Ha. Korang faham tak apa yang aku nak kasitau ni.

Kesan kerap tukar template.


Bab ni aku malas nak cerita sebab benda ni lah buat aku malas nak update blog ceritaejoy ni. huhuhu. Kesan daripada korang kerap tukar template adalah, trafik blog korang akan turun secara mendadak! Arghhh! Tension tak korang, kalau tanpa update blog, korang boleh dapat trafik 3k sehari macam tu je. Tapi sebab kerap tukar template tu, korang siap tulis 3 post 1 hari, tapi nak dapat 1k trafik sehari pun payah! Tension tak? tension tak?

Mulanya aku tak tahu pun, kerap tukar template blog ni boleh beri kesan pada trafik blog. Mula tu aku ingat loading blog ceritaejoy ni lambat. Bila aku check semula, kenapa trafik blog turun mendadak, rupa-rupanya sebab kerap tukar template blog! Arghhh! Tensionnya aku.

Katanya robot ni memang tak suka dengan template yang kerap bertukar. Jadi, akan ada masalah yang banyak contohnya macam trafik blog ni la! Kesan dia akan jadi sama macam korang mula-mula tulis blog dulu. Kan trafik rendah je masa tu. Ha. Tension lah! Trafik sehari 500 je! Adeh!

Sebab tu, Jangan kerap tukar template kalau tak mahu ini terjadi! Aku dah kena, jadi aku kongsikan dengan korang semua. Susah juga nak naikkan trafik ni balik. Kena submit sitemap semula dengan google webmaster tools kemudian kena rajin fetch semula post kita. Ibarat kena mula semula dari bawah la.

Oklah. Nak kongsikan pasal itu je. Mood : Tengah koyak sebab trafik blog turun mendadak. L

9 ulasan:

  1. Baru tau. Rupanya tak elok selalu tukar template .
    .
    Maznee doakan Semoga tuan dapat naikkan semula trafik blog seperti biasa.
    .
    Secepat mungkin. Insyaallah. Amin

    BalasPadam
  2. samalah masalah kita, lepas tu nak nangis rasa traffik 400-500 je sehari compared to more than 1k previuosly, lepas tu jenguk google webmaster berlambak error 404 huwaaaa nangis

    BalasPadam
  3. Haah..betul tu..seperti landskap yg berubah..lima tahun x pergi ke tempat tu..tiba2 mcm xkenal dah kawasan tu :-)

    BalasPadam
  4. Terima kasih infonya
    JM kerap tukar template

    BalasPadam
  5. Terima kaseh share. Rupanya ad bagi kesan jugak

    BalasPadam
  6. mungkin sebab inila jugak banyak widget yg sy cuba masukkan dalam blog tak jadi..buat link within x jadi, buat sitemap tak jadi, recent post pun tak jadi..haihh pening dibuatnya.

    nak tanya. bagaimana pulak kes selalu upload backup template? maksudnya template yg sama cuma terpaksa upload balik sbb tengah edit template error pulak jadinya.. sy akhir2 ni selalu buat macam tu sebab skrg tengah adjust seo blog..last upload semalam

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.