Bawa keluarga makan-makan di Restoran Johnny's
Bawa keluarga
makan-makan di Restoran Johnny's | Boleh dikatakan ini adalah di antara
restoran kegemaran isteri aku termasuklah aku! Sebabnya wife aku lah yang
memperkenalkan restoran Johnny's ni pada aku. Katanya ini adalah di antara Restoran Steamboat Di Melaka yang paling sedap. Eh! Aku rasa pun macam tu lah! Sebab aku
suka sos dia tu. Makanan thai kan, faham-faham sahajalah ramuan yang dia
gunakan.
Restoran Johnny's Melaka
Orait. Kalau sesiapa yang ingin mencari Restoran Steamboat Di Melaka, apa kata singgah ke Johnny's Restaurant.
Kalau di Melaka, ada 2 lokasi. 1 di dataran pahlawan dan 1 lagi di jusco air
keroh. Dan kebiasaannya, aku lebih gemar ke jusco, kerana tak ramai orang dan
selesa untuk bawa anak-anak makan di situ.
Baiklah, kembali semula pada cerita Bawa keluarga
makan-makan di Restoran Johnny's. Yang sebenarnya, agak lama aku tak datang makan
ke sini. Maklumlah, anak-anak kecil ni, susah sedikit kita nak kawal, kalau berdua
dengan wife, memang seronok. Tapi tak kan nak tinggal mereka dekat rumah, kita
sedap-sedap makan dekat luar kan? ha.
Seperti yang aku katakan awal tadi, yang menjadikan restoran
Johnny's ni berbeza dengan Restoran
Steamboat Di Melaka yang lain adalah kerana sos nya. Ada keunikan rasa yang
tersendiri pada sos tu. Dan kalau aku makan berdua dengan wife, rasanya 2-3
kali juga kami tambah sos tu. Tapi memandangkan kali ni bawa anak kecil, makan
apa yang ada jelah. Adeh!
Boleh pilih samada nak makan dengan nasi atau bihun. Bagi kami
sekeluarga, tentulah nasi yang menjadi pilihan. Sebabnya, nak anak-anak
kenyang. Anak kedua aku tu, kalau tak makan nasi, memang tak kenyang. Tak macam
aku, takda nasi pun takpa. Sebulan tak makan nasi pun tak kisah. Ha korang?
boleh tak makan nasi untuk tempoh yang lama?
Ini pulak di antara kandungan-kandungan steamboat kami. Cukuplah
apa yang ada ni. Nak order banyak-banyak pun tak boleh. Yelah, sebab
budak-budak ni, bukan boleh duduk lama. Mereka makan dan kenyang kemudian buat concert
dalam restoran tu. Adeh!
Bila sampai sini, perut masing-masing sebenarnya tengah
lapar. Bila sampai je, terus masukkan dan gaul macam tu. Sayur tu yang penting
sebenarnya sebab nak paksa anak sulung aku makan sayur. Aduh! Agak susah sebenarnya
nak ajar anak-anak makan sayur. Kadang tu terpaksa upah benda lain supaya
diarang makan. Sudahnya duit kita habis, tak juga diarang makan. Hmm.
Kami tak ambil masa yang lama pun untuk habiskan semua yang
ada ni. Sebabnya, macam yang aku ada cakap tadi, semuanya kena pantas. Kena paksa
anak-anak aku makan walaupun mereka banyak bermain. Aku dengan wife yang perlu
cepat makan tanpa merasai kenikmatan steamboat Johnny's ni. semuanya perlu cepat.
Dan alhamdulilah, semuanya selamat! Eh, macam nak pergi mana
je kan? Yelah, aku risau anak-anak aku meragam. Dan yang paling merisaukan adalah
kalau-kalau salah seorang daripada diarang buang air besar! Adoi! Ini memang
paling seram buat aku! Tapi alhamdulilah semuanya dalam keadaan terkawal. Jadinya,
lepas ni kita akan ajar diarang lagi supaya biasa dengan restoran-restoran yang
kami biasa pergi. Hehehe.
sedap gak johnnys ni kan
BalasPadam