Food : Resepi Jus Alpukat Sedap.

November 28, 2016
Resepi Jus Alpukat Sedap

Food : Resepi Jus Alpukat Sedap | Eh! Kenapa tiba-tiba nak share Resepi Jus Alpukat Sedap ni? Ha! Ceritanya macam ni, Hari minggu lepas, aku bawa keluarga jalan-jalan ke aeon Melaka. Saja bawa anak-anak cuci mata, sebab lama sangat terperap dekat rumah. Bila sampai waktu makan, memang kami tercari-cari restoran yang sesuai. Sebabnya fikirkan perut anak-anak je. Kalau kami berdua, dekat mana-mana pun boleh. Al-kisahnya, kami cuba makan dekat Restoran ayam penyet ori Melaka. Terus terang, ini adalah pertama kali kami makan ayam penyet! Hahaha. Memang terujalah nak makan kan? Tapi ada 1 lagi yang menarik perhatian aku, Jus Alpukat! Wah! Ini dah termasuk dalam kategori minuman kesihatan ni!

Perkara pertama yang bermain dalam fikiran aku, mesti pahit air ni! hahaha. Nama pun tak pernah minum kan? Jadinya, memang macam-macam benda bermain dalam fikiran aku ni. Tapi bila dah rasa, fuh! Sedap! Sungguh sedap! Hahaha. Bila dah cakap sedap, mesti nak kena ulang datang sini kan? memandangkan ekonomi tidak mengizinkan *alasan* apa kata kita cuba buat sendiri je dekat rumah. Amacam?

Resepi Jus Alpukat Sedap

Bila aku cuba cari Cara Membuat Jus Alpukat Spesial ni, ternyata ianya tidaklah sesukar mana. Antara korang perasan atau tidak, kebanyakkan minuman yang “sedap” dekat restoran-restoran besar tu semuanya adalah sangat senang untuk disediakan. Ha! Ada di antaranya, sekali bayaran untuk minuman tersebut bersamaan berkali-kali korang boleh minum kalau buat sendiri dekat rumah. ha, percaya tak? ok, sekarang nak tahu tak Cara Membuat Jus Alpukat Yang Sehat dan sedap ni?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Air Alpukat adalah:

- 2 biji avokado
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 cawan ais
- Air, jika perlu

Topping:

- Chocolate syrup
- Whipped cream

Resepi Jus Alpukat Sedap.

Orait. Avocado tu ada banyak jual dekat pasaraya. Kena pandai pilih buah yang segar ya! Cara nak tahu buah avocado yang segar adalah dengan cara tengok pada tangkai dekat hujung buah. Cuba cabut tangkai tersebut, kalau dalamnya warna hijau, maknanya buah tu dah masak dan masih segar! Kalau dalamnya warna coklat/perang, maknanya buah tersebut dah terlalu masak. Rasanya pun tak berapa nak sedap kalau dibandingkan dengan buah yang masih segar. Ok?

Baiklah, Lepas dah sediakan bahan-bahan untuk buat Jus Alpukat Sedap ni, langkah seterusnya adalah:

  • Blend avokado, susu pekat dan ais hingga sebati.
  • Kemudian Tambah air jika perlu.
  • Selepas itu, Titiskan chocolate syrup di keliling gelas.
  • Tuang jus ke dalam gelas dan lengkapkan dengan whipped cream.
  • Hidang!

Eh! Dah siap? Senangkan Cara Membuat Jus Alpukat Yang Sehat dan sedap ni? Kan ada cakap dekat awal tadi, semuanya sangat mudah kalau dibuat sendiri, tinggal kita ni rajin dengan tak rajin je nak buat sendiri dekat rumah. hehe. Oklah, dah tahu kan Resepi Jus Alpukat Sedap, lepas ni bolehlah hari-hari minum. Hehehe.

Untuk resepi penuh boleh rujuk [VIDEO] Resipi Jus Alpukat >

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.