Rekahan ais besar berlaku di West Antarctic!

November 29, 2016
Rekahan ais besar berlaku di West Antarctic

Rekahan ais besar berlaku di West Antarctic! | Jauh sangat nak ambil tahu! Sampai ke antartika? Mungkin itu pandangan sesetengah orang. Namun pada aku, kita kena ambil tahu, sebabnya? Semua sedia maklum, antartika dipenuhi dengan ais, dan apabila ais di sana mula pecah, apa akan terjadi? Ya! ianya akan mula mencair, seterusnya apa terjadi? Ya! paras air laut akan naik. Dan apa kesannya kalau air laut menaik? Anda pasti ada jawapannya kan?

Dalam 1 laman web luar negara, khabarnya berlaku rekahan besar pada glasier utama di Antartika. Ini menunjukan saiz ais di sana semakin kecil! The Pine Island Glacier, bahagian pelantar ais di Antartika Barat, salah satu daripada dua glasier yang terkesan dengan pecahan ais yang mencair! Para penyelidik mula mengesan sesuatu yang pelik berlaku pada tahun 2013 sehinggalah fenomena rekahan air besar yang berlaku sekarang.

Rekahan ais besar berlaku di West Antarctic

Dan sekarang, yang masih menjadi persoalan adalah, adakah Lembaran ais Antartika Barat akan terus-terusan mencair! Walaupun Rekahan ais besar berlaku di West Antarctic ini bukanlah kali pertama, namun para penyelidik menganggap kejadian rekahan ini adalah permulaan kepada rekahan pada bahagian yang lain.

Di antara penyebab kepada kejadian ini adalah disebabkan oleh pemanasan suhu air laut. Yang mencairkan bahagian bawah Glacier sekaligus menyebabkan berlakunya rekahan. Bahagian bawah Lembaran Antartika Barat terletak di bawah paras laut, ini memudahkan air laut menghakis bahagian bawah glacier!

Rekahan ais besar berlaku di West Antarctic

Jika kejadian ini terus terusan berlaku, maka kita akan melihat potensi untuk antartika kehilangan ais adalah sangat cepat! Lebih separuh daripada air tawar di dunia, menjadi beku di Antartika. The Pine Island Glacier dan Thwaites Glacier adalah salah satu daripada bongkahan ais yang paling aktif di benua itu!

Kajian menunjukkan bahawa Lembaran Ais Antartika Barat amat tidak stabil, dan boleh runtuh dalam tempoh 100 tahun akan datang! Keruntuhan ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut hampir 10 kaki! Dan sudah pasti akan memberi kesan kepada kawasan-kawasan rendah di bumi!

7 ulasan:

  1. Memang lagi tinggi paras air pasang lepas ni. Semua angkara tangan tangan manusia

    BalasPadam
  2. Ambil tahu..dan muhasabah diri...banyak cara Allah suruh kita sedar dan ingat...

    BalasPadam
  3. wah!hari ni entry berita dunia :)
    nice sharing..daripada tak tahu...
    petang nie dah tahu dah...:)

    BalasPadam
  4. Agak merisaukan juga keadaan cuaca dunia yg tidak menentu nih. Nampakny kena terus usaha selamatkan enviroment seboleh dan sebaik mungkin, sekadar termampu..

    Thanks for the share...
    Blogr AMP Team

    BalasPadam
  5. cuaca dunia dah tak menentu. semuanya berpunca dari manusia juga.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.