Review : Product review Mamypoko Air Fit Newborn

November 17, 2016
review Mamypoko Air Fit Newborn

Review : Product review Mamypoko Air Fit Newborn | Hey! Ceritaejoy nak cerita pasal pampers la hari ni. Apa nak kata, ini blog serba boleh, jadi apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan, aku akan cuba kongsikan. Ok! Pampers? Aku bukanlah seorang yang pakar mengenai pampers walaupun anak dah nak masuk 3! Hahaha, kepakaran ini kebanyakkannya hanya ada pada mereka yang bergelar wanita. Namun, Mamypoko Air Fit ini benar-benar mengubah pemikiran aku! Maka tidak hairanlah kenapa produk ini menjadi pilihan no 1 para ibu di japan!

Apa yang menariknya dengan Mamypoko Air Fit ni?

Bila pertama kali aku tengok bungkusan ni, perkara pertama yang aku nampak adalah NO 1. Apa perasaan korang kalau sesuatu produk tu, lebih-lebih lagi pampers, dia letak NO 1. Mesti korang akan cakap, wah! Ini mesti yang terbaik ni! kan? kan?

Kemudian, perkara kedua yang aku nampak adalah, NB 90. NB tu new born la kan. Tapi yang 90 tu? Yes! Dalam edisi Mamypoko Air Fit ni, ada 90 pcs! Suatu jumlah yang sangat banyak pada aku! Sebabnya, bila beli pampers untuk anak-anak aku, jumlah yang biasa aku tengok, paling banyak pun 80. Itu pada mata aku la. Itu yang bila dapat yang 90pcs ni, wow!!

Yang ketiga. Keterujaan. Yes! Ini produk no 1 pilihan ibu-ibu di japan. Jadi aku sangat teruja nak tahu, apa yang hebatnya sampai jadi no 1 ni. Mesti ada keistimewaannya kan? Mesti ada sesuatu yang tidak ada pada jenama lain tetapi ada pada jenama ini. Orait, jom kita tengok kelebihan yang ada pada produk ini.

Mamypoko Air Fit sangat selesa?

Aku, bila nak bercerita pasal pampers ni, aku kena rujuk pada mereka yang pakar. Soalan pertama yang aku tanyakan pada wife aku, apakah kriteria utama seorang ibu apabila memilih pampers untuk anak-anak mereka. Jawapan yang keluar darinya adalah, “keselesaan”.

Ini adalah kerana, pampers itu akan melekat lama di tubuh anak. Oleh yang demikian, keselesaan amat penting buat mereka. Dan apa yang boleh aku katakan, benar! Selayaknya pampers ini menjadi pilihan NO 1 kerana ianya cukup selesa!

Permukaan dalaman Mamypoko Air Fit yang cukup lembut amat sesuai buat bayi yang baru lahir. Selain daripada lingkaran getah yang “tidak keras” pada bahagian sisi yang sama sekali tidak menyakitkan kelengkang bayi. Ini sangat penting kerana, bahagian getah yang keras akan menyebabkan kelengkang bayi melecet sekaligus akan mewujudkan suasana tidak selesa kepada bayi dan ibubapa!

Selain itu, terdapat ruang pengaliran udara pada bahagian bawah pampers ini bertujuan untuk keselesaan yang panjang kepada bayi. Ha! Sebelum aku terlupa. Pampers ini tahan kebocoran selama 12 jam! Lama kan? Itu yang menjadikan jenama ini, jenama terbaik di japan! Dan antara yang terhebat buat ibu-ibu di malaysia!


review Mamypoko Air Fit Newborn

Ruang khas untuk pusat bayi?

Aku lelaki dan aku tidak mahir mengenai pampers ni. Itu aku akui. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian aku dengan jenama Mamypoko Air Fit ni. Terdapat ruang khas untuk pusat bayi. Bagi bayi yang baru lahir, mesti akan ada tali pusat tu kan? Ruang “kecil” ini direka khas untuk memberi ruang kepada perkara itu.

Kiranya, kalau kita pakaikan pampers ni pada bayi kita, tali pusat tu tak akan terganggu la. Tidak seperti jenama lain yang memerlukan kita untuk tarik sedikit bahagian atas tu atau mungkin potong terus! Ha, untuk jenama terbaik ini, tak perlu susah-susah dah. Menarik kan?

Oklah! Dah cerita mengenai kelebihan yang ada pada Mamypoko Air Fit ni. Sekarang aku nak beritahu pula cara-cara macamana korang boleh dapatkan pampers yang terbaik ni. Caranya cukup mudah.

Lazada kini sedang menjalankan ONLINE REVOLUTION sehingga 12/12/2016 ini dan korang boleh dapatkan potongan sehingga 20% bagi pembelian pampers ini. Caranya adalah dengan memasukkan voucher ini ketika pembelian :

“20LAPOR25”

Wah! Menarik kan? Beli siap ada potongan 20% lagi. Jadi apa tunggu lagi? Klik LAZADA : Mamypoko Air Fit sekarang!


Akhir sekali, ini adalah produk tajaan Lazada Malaysia. Dan Jika anda juga ingin mengambil bahagian dalam tinjauan seperti ini pada masa akan datang, sila hubungi affiliate@lazada.com.my untuk menyertai Keluarga Lazada!

5 ulasan:

  1. Wow..ada diskaun la.. Itu yang kita mau. Hehe. Boleh klik klik order nanti.

    BalasPadam
  2. Mamypoko ni memang terbaik lah.harga pun cantik..

    BalasPadam
  3. Bagi akak yang best tentang mamy poko ialah dia punya saiz lebih besar dari saiz jenama lain.Lepas tu anak kalau tak berak , kencing je boleh tahan 12 jam.bab harga tu tolak tepi la sebab benda bagus kita memang kena bayar lebih,nak murah beli jenama lain tapi tu la takat boleh pakai 8 jam je kan rugi tu..ada yang 6 jam je dah penuh..padahal ikut harga beza takat 3, 4ringgit je..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.