Mood blogging ke laut

November 16, 2016
 Mood blogging ke laut

Mood blogging ke laut | 2 hari ni, aku tengok je blog ceritaejoy. Tanpa rasa nak update apa-apa. Mungkin disebabkan fenomena supermoon yang membuatkan mood blogging aku ke laut. Tak seperti kebiasaan, aku akan update blog ceritaejoy paling kurang 3 entry 1 hari. Mungkin juga sekarang ni musim hujan? Yang buatkan aku malas sangat-sangat nak update blog. Eh?

Sama macam semua blogger akan cakap, semua post draft je. Malas nak update apa-apa. Tapi aku tak draft apa-apa post. Aku Cuma simpan url sumber penulisan. Hahaha. Aku akan ambil dari mana-mana website antarabangsa dan ubah dalam bentuk penulisan aku dan post di blog ceritaejoy. Bukan copy paste ya!

Mood blogging ke laut juga mungkin disebabkan oleh fokus aku yang perlu dibahagi kepada beberapa bahagian. Betul lah apa orang cakap, kita ni kalau nak berjaya, kena bekerja dalam kumpulan. Aku pulak jalan sorang-sorang. Nak handle semua perkara, aduh! Memang tak termampu.

Yang sebenarnya, nak menulis entry kosong ni pun aku rasa cukup malas. Nak cari balik mood menulis aku yang dah hanyut tu, rasa macam susah je. Tapi, takkan nak layan je kan? hmm. Kalau macam ni keadaannya, kena rehat-rehat dulu, kena nescafe pandan dengan biskut pun sedap ni. semoga mood menulis tu akan sampai sekejap lagi. insyaAllah.

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.