Masa depan anak-anak gelap kerana gagal UPSR?

November 19, 2016
Masa depan anak-anak gelap kerana gagal UPSR

Masa depan anak-anak gelap kerana gagal UPSR? | Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Seronok tengok ramai ibubapa yang update result UPSR anak-anak mereka. Tak kurang juga yang menyatakan kesedihan mereka berikutan keputusan yang kurang memberansangkan. Adik bongsu aku adalah salah seorang daripada mereka yang tidak memperolehi keputusan yang baik. Agak kecewa adik kelima aku bila dia sampaikan keputusan itu pada aku.

Oklah. aku memang tidak tinggal bersama keluarga. Keluarga aku semuanya di kedah sana. Aku memilih untuk tinggal di melaka dan sudahpun berumah tangga. Agak jarang juga sebenarnya aku balik ke kedah sana, namun bukanlah terputus hubungan. Ada sahaja berita dari adik-adik aku, termasuklah berita pasal keputusan UPSR ni.

Tak mahulah aku beritahu berapa keputusan adik bongsu aku ni. Apa yang aku boleh cakap, keputusannya memang sangat teruk! Tapi taklah aku marah. Nak marah buat apa kan? Dah memang itu keputusan dia. Bila aku dengar adik aku cakap keputusan adik bongsu aku ni, aku senyum jelah. Kenapa aku senyum?

Sebab ada seseorang yang pernah cakap dengan aku. Dan aku sangat setuju mengenainya. Tidak semua yang diajarkan di sekolah itu akan digunakan bila mereka dah masuk ke alam pekerjaan. Bukanlah aku nak kata sekolah itu tidak bagus. Bukan ya. Aku sangat hormati semua guru-guru kerana pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita ni sangat besar.

Baiklah. Berbalik semula pada cerita tadi. Kenapa aku setuju bila orang cakap tidak semua yang kita belajar dekat sekolah akan kita gunakan bila kita masuk ke alam pekerjaan. Sebabnya mudah, aku tak pernah belajar pasal buat duit online waktu aku sekolah dulu. Aku tak pernah belajar mengenai boleh buat duit dengan blog waktu aku sekolah dulu. Dan kini, aku sedang mempelajarinya.

Sekali lagi, aku tidak kata pendidikan di sekolah itu semuanya tidak bagus.

Apa yang aku pelajari sewaktu di sekolah dulu adalah, kita perlu belajar rajin-rajin supaya bila kita besar kita akan dapat masuk universiti. Bila kita keluar universiti, kita akan dapat kerja yang bagus. Bila kita ada kerja yang bagus, boleh beli semua yang kita nak. Itu yang aku pelajari.

Tapi bila aku sudahpun berada di dalam alam pekerjaan. Aku nampak sesuatu. Siapa cakap kena ada kelulusan yang tinggi baru boleh berjaya? Siapa yang cakap, kena ada kelulusan dari universiti baru boleh dapat pendapatan 5 angka sebulan?

Ilmu-ilmu ini yang aku tidak belajar waktu dekat sekolah. Ilmu ini hanya aku pelajari bila mana aku masuk dalam dunia aku sekarang. Sewaktu sekolah dulu, tak ada langsung orang yang cakap dengan aku:


"Biar duit yang bekerja untuk kita. Dan jangan sesekali bekerja untuk duit"

Ilmu ini yang aku tak dapat waktu aku dibangku persekolahan dulu. Ilmu ini pada aku sangat mahal. Sebab apa? Sebabnya, budak-budak sekolah zaman sekarang pun dah buat! Mereka tidur pun, ada duit yang sedang bekerja untuk mereka.

Mungkin ada yang akan cakap, dulu bukan macam sekarang. Dulu bukan zaman IT. Jadi janganlah salahkan sekolah sebab tak belajar semua benda ni. Ya! Aku akui mengenai perkara tu. Tapi, apa yang aku boleh cakap, kesemua rakan-rakan yang aku kenal sekarang *yang dah memang terbukti pendapatan mereka sekarang cecah 5 angka sebulan hanya dengan buat duit online* rata-ratanya bermula pada tahun 1995.

Kalau tengok pada tarikh tu, aku masih sekolah rendah. Rasanya ramai juga yang masih sekolah rendah waktu itu. Ya! Dan mereka sudahpun buat duit online. Jadi apa kaitan dengan kisah UPSR aku ni?

Kaitannya adalah, jangan "menghukum" anak-anak yang keputusannya tak bagus tu. Kadang, ada daripada mereka tidak bagus dalam pelajaran. Apa kata, fokus pula pada kemahiran. Dan ingat, Ajar mereka supaya tidak bekerja untuk wang.

Jangan pupukkan dalam minda mereka, untuk berjaya kena ada kelulusan yang tinggi. Tapi selalulah ajar mereka nilai-nilai murni. Ajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Hidup ini mudah kalau kita jadikan dia mudah. Tapi kalau kita asyik cakap *dalam erti kata lainnya, doa anak yang bukan-bukan" Memang tak kemanalah mereka tu.

Masa mereka masih panjang. Masih banyak masa yang kita ada untuk kenal potensi anak-anak kita. Sekali lagi, ini adalah pendapat aku semata-mata. Mungkin kita punya pendapat yang berbeza. Terpulang kepada kefahaman individu ya.

Untuk lebih memahami, Cuba baca ni : UPSR Bukan Penentu Masa Depan Dan Ini 6 Sebab Kenapa Ia Tak Penting

1 ulasan:

  1. Sama2 la kita didik anak2 kita jadi insan berguna..UPSR bukan penentu masa depan mereka..masih jauh lagi perjalanan yang perlu mereka lalui..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.