9 Tarikan utama jika anda berkunjung ke Melaka (Main attraction when you visit Melaka).

November 23, 2016
Main attraction when you visit Melaka

9 Tarikan utama jika anda berkunjung ke Melaka (Main attraction when you visit Melaka) | Setelah hilang akibat dihanyutkan ombak gelora perasaan malas untuk update blog, hari ini aku kembali “memaksa” diri untuk terus menulis di blog ceritaejoy. Aku sebenarnya bukanlah malas untuk update blog ini, Cuma tumpuan aku lebih kepada 2 blog lain yang sedang aku bangunkan. Blog tersebut tentulah blog dengan niche tersendiri. Oklah, berbalik kepada tajuk kita hari ini, apa yang menariknya di Melaka? Kalau datang Melaka, apa nak buat? Atau nak pergi mana? Itu soalan biasa orang akan tanya dan hari ini, aku cuba kongsikan 9 Tarikan utama jika anda berkunjung ke Melaka (Main attraction when you visit Melaka).

Baiklah. Sebelum aku kongsikan 10 tarikan utama di Melaka ni, korang kenalah tahu, melawat Melaka bererti melawat malaysia. Ini adalah kerana Melaka adalah sebuah negeri yang penuh dengan sejarah. Boleh sahaja baca sejarah Melaka. Dan aku, aku bukanlah anak jati Melaka. Cuma aku sudah menetap di Melaka sejak tahun 1993. Jadi aku tahulah serba sedikit mengenai negeri Melaka ni.

Melaka daripada mata kasar aku, dah banyak berubah berbanding dahulu. Dah banyak bangunan-bangunan besar yang dibangunkan di sini. Lihat sahaja pada bandar Melaka. Kalau dahulunya kita boleh lihat kereta lembu di bandar Melaka, namun kini terlalu sukar nak jumpa kereta lembu dekat Melaka. Hatten dan dataran pahlawan menghiasi bandar Melaka kini.

Baiklah, jom kita tengok apakah 9 Tarikan utama jika anda berkunjung ke Melaka (Main attraction when you visit Melaka) yang mungkin boleh menjadi panduan buat korang jika berkunjung ke Melaka.

Main attraction when you visit Melaka

#1. A Famosa.

Kalau datang Melaka, tak singgah ke A Famosa memang tak sah lah kunjungan tu.  A Famosa ni macam “trademark” buat negeri Melaka. Ia adalah tinggalan kubu portugis di antara yang tertua di asia. A Famosa (Porta de Santiago) telah dibina di puncak bukit di tepi pantai pada awal tahun 1500 untuk melindungi tanah yang baru ditawan daripada serangan oleh negara-negara Eropah yang lain. Namun, ia kemudian jatuh ke tangan Belanda, dan telah diberikan kepada Britain untuk mengelak daripada ditawan oleh Napoleon Perancis.

Main attraction when you visit Melaka

#2. Masjid selat.

Mungkin ramai yang kurang atau mungkin tak tahu kewujudan masjid selat ini atas sebab jalan untuk ke masjid selat ni kurang jelas. Ini pada pandangan aku la. Namun, masjid selat yang dibina di pulau Melaka (Pulau buatan manusia) ni adalah salah satu masjid yang tercantik di malaysia! Dibina di atas laut, ia kelihatan seolah-olah seperti terapung! Masjid selat ni amat indah pada waktu malam, apabila siri lampu berwarna menjadikannya salah satu tempat yang paling indah di seluruh Melaka. Masjid ini berfungsi sebagai tempat ibadat, tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam juga dibenarkan untuk datang.

Main attraction when you visit Melaka

#3. Istana Melaka.

Teringat lagi waktu aku kecil, keluarga aku bawa jalan-jalan ke sini. Terasa seronok sangat waktu tu tengok “rumah besar”. Istana Melaka ini merupakan sebuah muzium replika yang dibina pada tahun 1984 untuk mempamerkan sejarah di rantau ini. Bangunan ini telah dibina berdasarkan penerangan sejarah istana Mansur Shah, sultan yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477.

Main attraction when you visit Melaka

#4. Stadthuys.

Bangunan merah ini merupakan baki bangunan Kolonial Belanda di Melaka. Hari ini ia adalah rumah kepada Sejarah dan Etnografi muzium, dipercayai menjadi salah satu muzium utama di rantau ini. Ia termasuk pakaian tradisional dan artifak yang mempamerkan banyak versi yang berbeza dalam sejarah di Melaka!

Main attraction when you visit Melaka

#5. Menara taming sari.

Menara taming sari dibina berasaskan bentuk keris. Menara Taming sari adalah cara yang baik untuk melihat pandangan keseluruhan bandar Melaka. Namun, Melihat bandar Melaka pada waktu malam adalah lebih cantik!

Main attraction when you visit Melaka

#6. Gereja St. Paul.

Dulu aku suka panjat bukit ni. Rasa nyaman je bila berada dekat atas bukit St. Paul ni. Ia asalnya dibina oleh seorang kapten Portugis pada tahun 1521 sebagai sebuah gereja kecil. Apa yang ada di dalam gereja ini sekarang? Ada batu-batu besar dengan ukiran tulisan.  Dan ada penjara bawah tanah *mungkin* yang mana di dalamnya penuh dengan duit syiling. Waktu aku kecil, orang cakap, masukkan duit syiling dalam tu beserta dengan niat. Kita yang tak tahu apa-apa ni, ikut sahajalah. Hehehe.

Main attraction when you visit Melaka

#7. Jonker Street.

Kalau datang ke Melaka, apa kata ambil sedikit masa untuk datang ke Jonker Street ni. Apa yang ada di sini? Dia lebih kurang macam pasar malam la juga. Tapi dekat sini ada jual banyak bahan-bahan sejarah tau! Ada juga barang-barang yang sukar untuk ditemui dekat tempat lain tapi boleh jumpa dekat sini. Oh ya! Jonker Street hanya di buka pada waktu malam sahaja. Bermula jumaat hingga ahad.

Main attraction when you visit Melaka

#8. Klebang.

Dulu selalu ada pesta air dekat sini. Tapi sekarang, dah ada banyak tarikan dekat sini. Antaranya bustel. Bas lama yang dijadikan hotel. Menarik bukan? Kemudian ada muzium kapal selam. “Padang pasir” yang sangat cantik dan sering dijadikan lokasi untuk orang ambil gambar. Ada kawasan riadah bersama keluarga dan macam-macam lagi disini.

Main attraction when you visit Melaka

#9. Freeport A'Famosa Outlet.

Dan akhir sekali, Freeport A'Famosa Outlet. Dekat sangat dengan rumah aku ni. hehe. Baru sahaja dibuka, lokasi ini merupakan sebuah pusat membeli-belah yang menampilkan tasik, air pancut, carousel dan kincir angin dengan seni bina bertemakan warisan Belanda di Melaka. Lebih 70 butik fesyen, sukan dan aksesori ada disini.

Oklah. Inilah di antara 9 Tarikan utama jika anda berkunjung ke Melaka (Main attraction when you visit Melaka) yang dapat aku kongsikan. Musim cuti sekolah ni, Melaka memang akan mengalami sedikit gangguan kesesakan jalan raya namun jangan risau, ianya pasti berbaloi dengan pengalaman anda ketika melawat Melaka.

2 ulasan:

  1. dulu dok kl tiap bulan pi melaka paling best asam pedas melaka!!

    BalasPadam
  2. wahh tempatnya menarik semua ya untuk di kunjungi..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.