Siapa suka kena marah waktu pagi?
Siapa suka kena marah waktu pagi? | Ok! Ini soalan aku
pagi-pagi macam ni. Siapa suka kena marah pagi-pagi? Semua pun tak suka kan?
Yelah, orang cakap, waktu pagi rezeki baru nak masuk, bila kena marah, hati pun
sakit, rasa tak sedap la kan? Kemudian, bila pagi-pagi dah kena, confirmlah
sampai ke petang hati ni rasa tak selesa. Ada orang, biasa-biasa je tapi kena
orang macam aku ni, memang sampai ke petang akan rasa tak selesa.
Mood bos ni kadang-kadang kita tak boleh agak. Kadang ok,
kadang tak. Yang paling aku tak suka, bila masalah peribadi di masukkan sekali
dalam masalah kerja. Kemudian yang jadi mangsa, ha, ni lah, pekerja bawahan. Jenis
majikan yang professional, habis setakat itu sahajalah kan. Kena yang tidak? Kita
balas semula apa yang mereka cakap, mereka akan “usik” benda lain.
Mungkin sebab itulah ramai yang memilih untuk kerja sendiri.
Dialah bos, dia lah pekerja. Tiada siapa yang nak marah. Kalau datang marah
pun, lepas la kat mana-mana. Kat tiang elektrik ke, kat simen jalan ke, kat
mana-mana la. Ha.
Tapi pada aku mudah je. Aku percaya rezeki tu datang dari
yang maha esa. Selagi mana kita percaya pada rezeki yang diberikan, tak usahlah
nak takut. Kadang majikan ni dia rasa, dia yang beri rezeki pada
pekerja-pekerja dia. Hakikatnya, dia hanya penyebab sahaja. Tapi janganlah guna
alasan ini untuk tidak menghormati majikan korang.
Alhamdulillah..
BalasPadamAM dapat bos yang sentiasa senyum dan tak suka marah2 sebab ada penyakit jantung..kikiki
Posting terbaru AM
Fibroid - 10 Tips Pemakanan Yang Ramai Abaikan
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Hahahha siapa yang suka kena marah setiap masa?
BalasPadam