Perbezaan akaun hosted dan Full account adsense.

Oktober 05, 2016
www.ceritaejoy.com

Perbezaan akaun hosted dan Full account adsense | Yang sebenarnya, aku sendiri kadang-kadang tu jadi confused. Akaun adsense aku sekarang ni akaun hosted atau full account adsense. Bila ada yang bertanyakan pada aku, aku pasti jawab akaun aku adalah akaun non hosted. Ini adalah kerana, pemahaman aku setakat hari ini adalah, hanya ada 2 akaun adsense, iaitu non hosted dan hosted. Namun rupa-rupanya, ada lagi 1 akaun adsense ni. Ianya adalah full account adsense! Macam mana nak tahu full account adsense ni?

Macamana nak tahu akaun kita hosted atau full account adsense?

www.ceritaejoy.com

Ini soalan paling top orang tanya. Macamana nak tahu akaun adsense kita sekarang ni akaun apa? Apa penting sangatkah jenis-jenis akaun tu? Jika di tanya pada aku, sudah semestinya jawapan aku, sangat penting! Daripada bacaan aku, akaun hosted adalah akaun yang sah untuk 1 blog sahaja. Itu yang ramai blogger tulis.

Ini bermakna, jika blog anda sudah diluluskan adsense, iklan yang ada hanya boleh diguna pakai pada blog yang berdaftar sahaja. Maksudnya, korang guna email blog A, jadi iklan adsense hanya boleh digunakan untuk blog A sahaja. Tak boleh guna dekat blog B atau C. ha, faham kan? Biasanya, mereka yang memiliki akaun hosted ini adalah mereka yang menggunakan URL blogspot. Ok jelas dekat situ?

Full account adsense.


www.ceritaejoy.com

Manakala, cara nak kenal akaun full account adsense ini tersangat lah senang. Jika pada akaun Hosted adsense, terpapar perkataan Hosted dekat atas tu, kalau pada akaun penuh ni, tiada lah perkataan tu. Dalam kata mudahnya, kosong je bahagian atas tu. Dan kalau blog korang kosong je dekat bahagian atas tu, ini bermakna, akaun adsense korang adalah full account adsense.

Apa kelebihan full account adsense ni?


Kelebihan dia adalah, korang boleh letak iklan korang dekat mana-mana blog yang korang suka. Kalau ada lebih daripada 1 blog, korang letakkan sahaja iklan adsense tersebut. Dan mula menjana income USD dengannya. Hebat kan? Bunyi pun dah menarik kan? Dan untuk mendapatkan full account adsense ni, korang kena guna domain sendiri. Ha!

So! Korang nampak tak apa yang aku nampak sekarang? Ini, kalau aku tak tulis Perbezaan akaun hosted dan Full account adsense ni, memang sampai bila-bila lah tanggapan aku salah. Hahaha. Rupa-rupanya, akaun non hosted tu dengan Full account adsense ni benda yang sama! Hahaha! Adoi! Macam manalah aku boleh tertipu ni kan? Ish! Lepas ni, kalau ada yang bertanya mengenai adsense, kena lah cakap, akaun saya akaun penuh.

Oklah. Sekarang dah tahu kan? So! Akaun korang akaun hosted atau Full account adsense?

8 ulasan:

  1. fulamak...admin sekarang pun da hebat. syabas anak muda....cikgu amat bangga dengan kamu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala.. janganlah macam tu cekgu.. banyak lagi saya nak belajar ni. hehehe..

      Padam
  2. Garu kepala mana satu betul ni haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok.. dekat mana wani tak faham? mudah je sebenarnya..

      1) Cuba tengok akaun adsense wani..kalau ada perkataan hosted, maknanya akaun hosted la tu. iklan adsense hanya boleh guna pada blog berdaftar sahaja.

      2) Kalau kosong je macam gambar dekat atas tu. maknanya akaun tu, full account adsense. kelebihan dia boleh guna dekat mana-mana blog. nak letak iklan adsense dekat blog ceritaejoy ni pun boleh. hehehe.

      Padam
  3. Harap lepas ni ramai yang clear benda ni. :) Ada yang guna Adsense tapi tak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sifu HH..Harap mereka faham lah lepas ni. hehe

      Padam
  4. Sejarah Google Adasense blog aku kelakar jugak..dapat full akaun dulu..pastu baru dapat akaun hosted haha

    BalasPadam
  5. Uyul tengah cari info pasal nih. Jalan jalan blog ceritaejoy lah kejap. mana tahu dapat banyak lagi input.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.