Hati-hati dengan fenomena air pasang besar oktober ini!
Hati-hati dengan
fenomena air pasang besar oktober ini! | Rasa risau pula bila baca berita
mengenai air pasang besar ni. Walaupun amaran ini tidak dikeluarkan bagi negeri
Melaka, tapi Melaka pun ada laut juga! Pun kena juga berhati-hati. Amaran fenomena air pasang besar oktober
2016 ini dikeluarkan bagi kawasan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala
Selangor dan Sabak Bernam. Jadi mereka yang berada di lokasi yang dinyatakan
ini, sila berhati-hati ya!
Bila terbaca berita fenomena
air pasang besar ni, teringat pula ayat-ayat ni, kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi kalau
ombak yang datang, ombak tsunami, hati siapa yang tak gentar kan? mengucap
panjang kita! Terbaru, ombak besar yang melanda busan korea *busan korea typhoon* juga suatu yang
menakutkan! Kalau tengok video amatur, yang dirakam seorang penduduk di sana,
ombak yang datang tidak boleh di baca!
Tak boleh di baca dalam erti kata lain, kita nampak ombak tu
sedikit luar biasa daripada ombak biasa. Tapi tahu-tahu je, di belakang ombak
sedikit luar biasa tu, ada ombak yang sangat luar biasa yang mampu memusnahkan
segala apa yang ada hanya dalam sekelip mata! Bukankah ianya sangat menakutkan?
Sama halnya dengan apa yang berlaku di Pulau pinang suatu
masa dulu. Tapi itu tsunami la. Ombak besar juga kan? Masih perlu juga
berhati-hati. Jadi, bagi mereka yang berada di kawasan seperti yang aku ada
sebutkan di atas tadi, sila ambil langkah berjaga-jaga ya! Takut juga, dalam
kita sedar dan tak sedar, tahu-tahu air laut dah naik sampai ke paras katil. Ha,
siapa tahu? Kan?
Aku takut! Ya! Aku takut berumah di tepi pantai. Sebab tu
aku beli rumah atas bukit. Hahaha. Teringat waktu aku bercuti di Grand Lexis Port Dickson, ambil bilik
nun hujung ke tengah laut. Waktu subuh tu, hujan renyai. Bila selak langsir,
tengok air laut macam dekat je kat cermin tu. Waktu tu, rasa macam nak ajak je
wife jalan kaki sampai darat walaupun waktu tu, subuh. Punyalah takut dengan
laut. Hahaha.
Oklah. Ini kalau aku terus bercerita, memang ke laut
jadinya. Sekali lagi, Amaran fenomena
air pasang besar oktober 2016 telah dikeluarkan bagi kawasan Klang, Kuala
Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Oleh yang demikian, langkah
berjaga-jaga perlu di ambil bagi penduduk sekitar. Ok?
kena buat preparation awal mcm ni. just in case betul2 jadi. harap2 yg berumah tepi pantai tu dah ambil langkah berjaga2 dari awal.
BalasPadamberhati-hati
BalasPadamhujung tahun memang sentiasa kena alert,
BalasPadamterutama bahagian pantai timur,
dah boleh dah nak borong stok makanan nie.