Ambil insurance nyawa seawal kelahiran?
Baiklah. Boleh atau tidak ambil insurance nyawa seawal
kelahiran ni? Maknanya anak kita lahir je terus ambil insurance untuk dia. Ada
yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Namun, daripada persoalan aku di
laman sosial facebook, ianya terpulang kepada insurance policy syarikat
tersebut. Ada yang kata semasa dalam kandungan lagi dah boleh ambil insurance. Wow!
Pada aku, aku lebih suka insurance dalam bentuk pembiayaan
kesihatan dan juga simpanan. Makna kata, jika insurance tersebut tidak
digunakan di dalam apa-apa berkaitan kesihatan, apabila umur mereka mencecah
tahap tertentu, ianya boleh digunakan kerana wang hasil bayaran insurance
tersebut, telah ditukarkan menjadi wang simpanan.
Sejak kebelakangan ini, aku kerap memikirkan apakah insurance nyawa terbaik untuk bakal
kelahiran anak ketiga kami. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, insurance nyawa
merupakan 1 bentuk perlindungan kepada sang empunya diri. Dalam masa yang sama,
mampu menjadi simpanan buat mereka. Kelak mereka menjejakkan kaki ke peringkat
tertinggi, mereka dah ada duit simpanan sendiri.
Ok, sekarang, apakah insurance
nyawa terbaik untuk anak-anak yang baru lahir? Banyak sebenarnya syarikat
insurance sekarang ni. Dan kesemuanya sudah pasti memberikan yang terbaik
kepada semua pelanggannya. Ada prudential, Allianz, AIA, macam-macam. Kita boleh
pilih mana yang dirasakan terbaik.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com