Waze kini dengan suara CEO Airasia??

September 15, 2016
www.ceritaejoy.com

Waze kini dengan suara CEO Airasia?? | Wah, selepas ni, pengguna waze akan rasa macam berada dalam kapal terbanglah! Manakan tidak, aplikasi itu kini menggunakan suara AirAsia group CEO and founder, Tan Sri Tony Fernandes! Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan aplikasi ini, pasti sudah biasa mendengar suara selebriti berpengaruh yang “meminjamkan” suara mereka di dalam memberikan arahan lokasi. Namun yang paling memberi kesan, adalah suara kanak-kanak!

Kini, waze telah bekerjasama dengan Tan Sri Tony Fernandes! Pemilik syarikat penerbangan tambah murah terbaik dunia, Airasia! Pasti unik kan? Semacam berada di angkasa! Manakan tidak, pemilik syarikat penerbangan yang memberi arahan lokasi *bagi yang menggunakan wave* kepada anda. Sudah semestinya, anda merasakan diri anda seperti seorang juruterbang!

Cara untuk menggunakan suara Tony Fernandes Tony pada wave!

Jika anda ingin merasai kelainan ini, pergi pada bahagian tetapan *setting*, kemudian pilih suara *sound* dan pilih "Bahasa Inggeris (UK) - Tony Fernandes" * English (UK) – Tony Fernandes”*.

Tan Sri Tony Fernandes dalam kenyataannya memberitahu, terlalu banyak soalan mengenai perasaan bagaimana rasanya menjadi seorang juruterbang Airasia. Dan sekarang, tony fernandes menjanjikan “perasaan” itu kepada pengguna waze! Rasai suasana terbang tinggi di langit dengan kawalan trafik udara dari AirAsia group CEO and founder! Wow!

Wah! Memang memberi kelainan betul kan? Tak sabar rasanya nak gunakan aplikasi terbaru ini! Rasa tertekan ketika berhadapan dengan kesesakan dan di dalam usaha mencari jalan alternative pastinya berubah menjadi suatu yang menyeronokkan dengan arahan suara daripada Tan Sri Tony Fernandes!

Semoga maju jaya buat syarikat penerbangan tambah murah terbaik dunia, Airasia!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.