Tak tulis, tak ada income.
Tak tulis, tak ada
income | Blog ni sama je macam pekerjaan makan gaji. Mungkin aku belum
mencapai status Blogger sepenuh masa
lagi. Agaknya bila aku berjaya mencapai status itu, tanpa penulisan yang baru,
trafik yang masuk ke blog masih kekal sama dan bertambah dari hari ke hari,
insyaAllah. Apa yang aku lihat pada masa sekarang adalah, aku perlu update blog
ceritaejoy, paling minima 3 entry 1 hari. Ini bagi mencapai trafik sederhana
untuk jana income dengan blog.
Yang sebenarnya, aku perlu target trafik yang tinggi kalau
betul-betul nak buat duit dengan blog. Tapi aku tahu, ianya tidak semudah itu.
Sama halnya dengan Buat Duit Dengan
Adsense, memang seronok bila dengar rakan-rakan buat “duit besar” dengan
adsense, tapi bila kita sendiri berusaha untuk jana income dalam USD ni, baru lah kita tahu betapa sukarnya nak dapat
duit dengan blog ni. Bukan kenyit mata je dapat tau!
Buat masa sekarang, blog
ceritaejoy masih dalam kategori anak-anak lagi. Dapat income USD0.30 sehari
melalui adsense pun dah rasa seronok dah. Inikan pulak kalau dapat USD2.00
sehari. Lagi lah kan? Tapi macam yang aku ada cakap pada awal tadi, tak tulis, tak
ada income! Kena update blog, walaupun 2 entry sehari.
Kecewa juga bila mana, yelah, kita ni blogger separuh masa, jadinya ada masa tak dapat nak update blog. Bila
tak update, bukan akaun adsense, Cuma ada USD0.05. Alahai, sedihnya rasa. Tak lah
cakap putus asa, Cuma sedih! Hehehe. Bila dah tengok income macam tu, kena lah
buat sesuatu! Betul tak? Tak kan nak sedih pulak, memang tak kemana lah kalau
aku buat macam tu kan? Hehe.
Blog ceritaejoy
baru berusia 2 tahun. Ianya 1 tempoh yang pada aku, masih kecil kalau nak dibandingkan dengan blog-blog hebat malaysia. Mereka dah berada dalam dunia blog
ni lebih lama. Macam-macam ilmu yang ada dalam diri mereka. Dan barulah mereka
berjaya seperti mana sekarang. Tak akan aku yang baru setahun jagung ni nak
cepat mudah putus asa kan? Kenal ah lebih bersemangat! Hehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com