Hebatnya Atlet Paralimpik Negara!
Hebatnya Atlet Paralimpik Negara! | Cerita atlet malaysia dapat emas dalam rio paralympics 2016 ni minggu lepas, tapi baru hari ini aku berkesempatan nak menulis. Al-maklumlah, kita belum dapat title blogger sepenuh masa, jadinya, masa untuk menulis kat blog ceritaejoy ni limited edition gitu! Hahaha. Walaubagaimanapun, walaupun cerita nya sudah berlalu, namun kehangatan dan semangat malaysia boleh itu tetap membara dalam hati kami rakyat malaysia!
Lihatlah dunia! Dari kekurangan yang mereka ada, mereka
mampu berada pada tahap tertinggi! Siapa kata golongan seperti mereka tidak
punya apa-apa? Ya! Title kurang upaya yang ada pada mereka sering di pandang
rendah oleh masyarakat. Ada juga segelintir daripada kita, yang memandang
rendah, sebelah mata, atau langsung tutup mata, tak nak tengok golongan semacam
ini! Nah! Sekarang lihat, apa yang mereka mampu lakukan, kamu? Apa yang mampu
kamu berikan?
Ini bukan calang-calang pentas sukan. Ini pentas sukan
terbesar dunia! rio paralympics 2016!
Semua atlet dari seluruh negara berkumpul di sini. Pentas yang sama juga
digunakan untuk Rio Olympic 2016! Pentas
yang memperlihatkan atlet-atlet terbaik dunia. Namun, banyak yang menyedihkan
mengenai sukan ini. kenapa perlu ada perbezaan di antara mereka? Apakah kerana
status mereka?
Kalau Rio Olympic 2016,
ceritanya boleh kita dengar hampir ke seluruh tempat. Semua orang berbual
mengenainya. Kenapa tidak rio
paralympics 2016 juga begitu? Kenapa tiada yang mahu bercerita mengenai nya? Apa mereka pergi saja-saja ke? Mereka tetap membawa nama malaysia ke persada
dunia! Mereka menang emas! Nama malaysia disebut-sebut! Kenapa perlu ada jurang
dekat situ?
Malaysia kini menduduki tangga ke 23 dengan pungutan 3
pingat emas. Pingat emas tu dah kira luar biasa kan? Yang lebih luar biasanya adalah, mereka pecahkan rekod dunia!! Tidakkah ianya sesuatu yang sangat membanggakan? Hebatnya Atlet Paralimpik Negara! Menang pingat emas, pecah rekod
dunia. Berani cakap, ada orang normal yang belum tentu mampu buat seperti
mereka.
Tadi, sebelum aku menulis entry ini, sempat jugak lah aku baca
beberapa penulisan blogger lain mengenai atlet paralimpik malaysia yang menang
emas dalam rio paralympics 2016 ni.
Dalam banyak-banyak penulisan, aku tertarik dengan cerita mengenai hadiah penerbangan percuma airasia seumur
hidup buat semua pemenang! Wow! Bestnya!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com