Apakah fungsi Google Webmaster Tools?

September 27, 2016
www.ceritaejoy.com

Apakah fungsi Google Webmaster Tools?| Ada sedikit kerisauan dalam diri aku bilamana aku ingin menulis entry ini. Ini adalah kerana, aku sendiri masih belajar akan hal ini dan masih dalam kira-kira untuk memahami, apakah fungsi sebenar Google Webmaster Tools ini. Namun, di dalam usaha untuk mengenal fungsi sebenar, aku menulis. Agar ilmu yang aku pelajari ini, dapat dikembangkan lagi dan agar kita semua benar-benar faham mengenainya. Ok?


Sebelum kita sama-sama belajar fungsi sebenar Google Webmaster Tools ini. Jom kita tengok dulu, penerangan ringkas mengenai perkara ini:

Google Search Console (sebelum ini dikenali sebagai Google Webmaster Tools) adalah perkhidmatan web tanpa bayaran oleh Google untuk webmaster. Ia membolehkan webmaster untuk menyemak status pengindeksan dan mengoptimumkan “visibility” laman web mereka.

Banyak sebenarnya kelebihan Google Webmaster Tools ini. Antaranya adalah membantu kita dalam SEO. Kita boleh menggunakan “Search Analytics” di google webmaster untuk mengoptimalkan SEO blog. Pada bahagian tersebut ada dinyatakan keyword hasil carian pembaca. Juga ada menyatakan clicks, impressions, CTR dan posisi artikel penulisan kita di SERP.

Untuk apa semua tu? Ha! Daripada situ lah kita boleh gunakan untuk kenal pasti, apa yang pembaca cari di blog kita. Gunakan keyword yang ada untuk penulisan entry yang seterusnya. Bila kita dah tahu apa yang pembaca inginkan dari blog kita, sudah tentu mudah bagi kita untuk hasilkan entry yang pastinya mampu untuk berada pada kedudukan teratas carian di google. Kan?

Jadi, disinilah fungsi Google Webmaster Tools ni! Selain itu, ianya juga digunakan untuk monitor backlinks blog. Kita juga akan diberitahu mengenai kemungkinan masalah di laman web/blog atau kemungkinan pelanggaran yang dilakukan oleh laman web/blog kita. Wah! Bagus juga kan Google Webmaster Tools ni.

Daripada bacaan aku mengenai fungsi sebenar Google Webmaster Tools ni, di antara kelebihan lainnya adalah:

  • Ianya juga boleh digunakan untuk menghantar dan menyemak sitemap.
  • Menulis dan menyemak file robots.txt di dalam membantu mencari halaman yang disekat di dalam robots.txt.
  • Senarai laman dalaman dan luaran yang mengandungi pautan ke laman web/blog kita
  • Mendapatkan senarai pautan oleh Googlebot yang memiliki kesukaran untuk crawling termasuklah kesilapan yang diterima Googlebot semasa mengakses URL berkenaan.
  • Melihat carian kata kunci *keyword* tertinggi pada blog kita.
  • “Demote Sitelinks” untuk hasil carian tertentu.
  • Menyediakan akses kepada API untuk menambah, mengubah dan memadam penyenaraian dan crawl errors.
Senarai berikut boleh dikatakan masih belum cukup untuk menerangkan fungsi sebenar Google Webmaster Tools ini. Cuma daripada fahaman ringkas atau lebih tepatnya, ianya terbaik di dalam mengenal pasti, apakah carian utama pada blog kita. itu yang penting. Bila kita tahu apa yang orang inginkan, kita Cuma perlu tulis. Dan masukkan keyword-keyword tersebut. Mudah kan? Apa pun, aku masih belajar dan di harap ada lagi perkongsian rakan-rakan mengenai Google Webmaster Tools ni. ok?

5 ulasan:

  1. singgah pagi...
    nieyl suka la baca blog nie...
    sbb byk ilmu yg nieyl dapat..
    thanks sharing..

    BalasPadam
  2. Nice sharing...bagi lokman ia sangat penting utk sesebuah blog...bagaikan sebuah hospital utk menilai kesihatan blog kita..klu ada problem maknanya webmaster tools dpt selesaikan masalah itu.

    BalasPadam
  3. Nice info bro ejoy. Baru je implement ni dlm blog. Mmg sgt berguna terutama utk check error dan nak bagi blog cepat sikit di indeks oleh google. Yang penting, kena buat apa yg disarankan dlm search console tu kn :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.