Suka dengan gaya rambut Zlatan Ibrahimović!
Suka dengan gaya rambut Zlatan Ibrahimović! | Sebelum
apa-apa, aku nak beritahu, aku tak minat bola. Aku Cuma minat gaya pemain bola.
Ok yer? Jelas kan dekat situ? Hehe. Entry ini bukan nak cerita pasal Zlatan
Ibrahimović & Manchester United F.C. Jadinya, jangan ada yang kecam aku.
hehehe. Man bun! Yes! Itulah gaya rambut pemain bola sepak ni. Walaupun aku
suka dengan gaya man bun, tapi sehingga kini, aku masih tak tahu macam mana nak
buat rambut macam tu! Susah! Gaya top knot lagi senang pada aku. ish!
Aku dah tengok tutorial dekat youtube, dah download tutorial
bergambar man bun ni, tengok memang senang, tapi kenapa bila aku buat tak jadi?
Dah bergulung-gulung rambut aku. Bila dah cuba berulang kali tapi tetap juga
tak membuahkan hasil, aku jadi malas lagi nak mencuba dan buat gaya top knot
jelah. Dah orang kata aku macam samurai. Ikut gaya rambut jelah!
Mungkin disebabkan rambut aku belum cukup panjang nak buat
gaya man bun ni. Kalau tengok pada rambut Zlatan Ibrahimović, kan panjang. Jadinya,
aku kena simpan lagi. Hahaha. Yang sebenarnya, rambut sekarang ni dah kira
cukup panjang dah. Kalau ikut pada kerjaya aku sekarang, macam tak sesuai
sebenarnya rambut macam aku ni, tapi, tak kisahlah! Ahhaha. Bila lagi nak
rambut panjang kan?
Aku memang sejak azali suka rambut panjang, dari kecil
membawa ke besar. Sampailah dah beranak pinak ni. hehe. Masih kekal dengan
rambut panjang. Kalau dulu, ikat rambut macam biasa *macam gaya rambut orang
perempuan tu* tapi sekarang ni, ada macam-macam gaya termasuklah man bun ni.
kenapa gaya man bun? Sebab nampak style! Hahaha.
Wife aku pun sebenarnya, ,tak pandai gaya man bun ni. Dia
lebih selesa berambut pendek. Dah berbeza dengan aku, aku lebih suka rambut
panjang! Wahahah. Lagi-lagi bila tengok gaya rambut Zlatan Ibrahimović ni,
wahahaha. Tapi bila aku fikir-fikir balik, kalau aku buat gaya macam tu datang
kerja, agak-agak sesuai tak? Nak review, nak cerita kerja segala dengan top
management, sesuai tak? hmm.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com