Siapa Azrinaz Mazhar Hakim?

www.ceritaejoy.com

Siapa Azrinaz Mazhar Hakim? | Lepas baca cerita wak doyok bertunang dengan bekas isteri sultan brunei, terus tercari-cari biodata Azrinaz Mazhar Hakim. Yang sebenarnya, sebelum ni ada juga baca dan lihat gambar bekas personality TV3 ni. Cumanya harini, terasa nak menulis sedikit info mengenai tuan empunya badan. Hmm, banyak juga cerita menarik dekat google. Kita kongsi yang baik-baik sahajalah. Yang tak baik tu, tak eloklah kita kongsikan. Takut cerita tak betul, kalau kita kongsikan, jadi lebih teruk pula nanti. Ok?

Siapa Azrinaz Mazhar Hakim?


Baiklah, siapa sebenarnya tuan empunya nama ni? Aku kongsikan sedikit cerita ringkas Azrinaz Mazhar Hakim yang aku ambil daripada Wikipedia dan juga blog-blog rakan yang lain. Tak banyak info yang dapat, hanya sekadar “pengenalan” sahaja.

Azrinaz Mazhar Hakim merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan brunei. Umum mengetahui, bahawa sultan brunei di antara sultan paling kaya dalam dunia kan? Oleh yang demikian, bila mana bekas personality TV3 ini menjadi isteri kepada sultan brunei, namanya terus jadi top! Dikatakan juga, nama Azrinaz ketika itu menjadi carian tertinggi di internet kerana semua orang, dari pelusuk dunia, nak kenal Siapa Azrinaz Mazhar Hakim ni.

Beliau memiliki Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Ketika menjadi isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, beliau memperolehi 2 orang anak iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel & Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Selepas berlaku perceraian pada 16 Jun 2010, hak penjagaan anak di beri kepada sultan brunei kerana mereka adalah pewaris Sultan Hassanal Bolkiah.

Azrinaz Mazhar Hakim 2016.


Itu cerita lama dulu. Kini, cerita terbaru Azrinaz Mazhar Hakim adalah beliau baru sahaja bertunang dengan seorang ikon fesyen malaysia, wak doyok! Wah, bergaya sungguh wak doyok selepas ni. Yelah, bertunang dengan seorang yang pernah dikenali seantero dunia sewaktu masa lalu atau mungkin sehingga kini, ramai media samada dalam atau luar negara, tercari-cari berita terbaru naz.

Dalam usianya yang kini mencecah 37 tahun, Azrinaz Mazhar Hakim masih kekal cantik sama seperti dulu. Di harap hubungan mereka akan berkekalan hendaknya! Wak doyok pun, janganlah gila-gila lagi ya! hahaha. Aku suka tengok gaya wak doyok kalau bercakap, nak gelak aja! Ok lah, inilah cerita serba sedikit mengenai beliau. Tak dapat banyak info dari internet la, cukuplah yang ini ya!

5 ulasan:

  1. Moga hubungan mereka berkekalan di dunia dan bersama juga di akhirat..amin.

    BalasPadam
  2. ala kenapa wak doyok... pencen azrinaz dgn sultan mesti banyak. moga naz berbahagialah

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah di namakan rezeki..eh jodoh..hehehehe

      Padam
  3. eh..saya tertinggal keretapi ke? Bila baca artikel ni baru tahu beliau bertunang dengan wak doyok. Anyway semoga berbahagia ke akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru bertunang..belum majlis nikah lagi..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.