Isu Pokemon Go yang dikatakan boleh mengugat keselamatan negara.
Isu Pokemon Go yang
dikatakan boleh mengugat keselamatan negara | Pokemon Go Malaysia Release baru-baru ni dan dah ramai yang mula
bermain dengan permainan ini. Namun kita dikejutkan dengan perkhabaran daripada
mufti yang mengatakan permainan Pokemon
Go Haram! Namun ianya telah di salah faham kerana mufti hanya mengeluarkan
kenyataan bahawa jika permainan ini boleh membawa kepada kemudaratan, maka
jatuh lah ia sebagai haram. Faham kan dekat situ? Jika ia boleh bawa kepada
mudarat.
Aku percaya, pasti ada ramai yang masih kurang setuju dengan
ayat yang boleh membawa kepada kemudaratan yang akhirnya keluarlah ayat Pokemon Go Haram. Yang sebenarnya,
daripada pemahaman aku, kalau terleka main game tu sampai lupa segala arahan,
maka salah la. Yang sebenarnya, buat apa pun, main game apa pun, kalau waktu
solat, tak solat, maka salahlah ye.
Sebagai contoh lagi, pokemon
go ni, kan kena kejar segala. Kalaulah ada ibubapa yang terlalu fanatic dengan
game ni, leka bermain hingga “terlupa” pada anak-anak kecil, yang akhirnya
mengakitbatkan sesuatu yang buruk pada mereka, itu jatuh dalam kategori mudarat
la kan? Dan lagi, jika leka bermain hingga lupa makan minum, lalu jatuh sakit,
itu kira dalam mudarat juga kan? Atau yang lebih teruk, leka mengejar, sampai
terlupa tengok kiri kanan, Bamm! Kemalangan! Itu juga dalam kategori mudarat. Betul
tak? Ke aku salah? Kalau salah, betulkan yer.
Yang sebenarnya, luas pemahaman ayat mudarat ni. Terpulang
kepada individu itu sendiri untuk faham ya! Baiklah, kita cuba bincangkan, aku
tulis bincang ya! Sebab aku menulis dengan pendapat aku. Mungkin kita berbeza
pendapat, jadinya kita boleh kongsi pendapat dan mungkin ilmu kita bersama. Aku
lebih suka menulis mengenai keburukan
Pokemon go.
Keburukan Pokemon Go.
Awal pagi tadi, dalam group WhatsApp, ada sedikit perbalahan
pendapat mengenai permainan ini. Biasalah, pihak yang suka main, dah tentulah
pertahankan “hak” mereka. Begitulah sebaliknya. Mereka yang suka main Pokemon Go ni, mempertikaikan bahawa,
jika Pokemon Go yang dikatakan boleh
mengugat keselamatan negara, bagaimana pula dengan google maps dan waze? Ini
adalah kerana, katanya, kedua-duanya juga merakam segala yang ada di mana-mana
muka bumi ini.
Mengenai hal ini, aku sedikit kurang setuju. Ini adalah
kerana, kedua-dua aplikasi tersebut, tidak membenarkan rakaman bahagian dalaman
sesuatu tempat ataupun ada ruang-ruang yang tidak boleh dirakam. Berbeza dengan
permainan pokemon go ini. Ianya
merakam hampir, hampir setiap ruang dalam rumah, kedai, masjid, pasaraya
ataupun, ruang-ruang yang tidak boleh dimasuki oleh google maps dan waze.
Ini adalah kerana, kita perlu bergerak ke mana sahaja jika aplikasi pokemon go ini memberitahu
lokasi di mana berada nya pokemon yang perlu di tangkap. Persoalan sekarang,
bagaimana pula kalau ada anggota keselamatan negara yang main permainan ini?
Sebagai contoh, askar. Kalau dia main dalam kem tersebut? Bukankah segala ruang
di dalam kem tersebut dapat dirakam? Berbanding dengan aplikasi google maps dan
waze tadi?
Sekali lagi ini
adalah pendapat aku semata-mata.
Aku hanya melihat kepada Keburukan Pokemon Go. Dan segala yang dinyatakan di atas adalah
kerisauan mungkin bukan pada aku sahaja, malahan ada dari kalangan kita semua. Aku
percaya, aku bercakap kerana aku bukanlah seseorang yang suka main game. Sudah pasti
mereka yang suka main game tidak akan bersetuju dengan pendapat aku ini.
Sekali lagi, ini adalah pendapat aku semata-mata. Kalian pasti
punya pendapat kalian sendiri. Dan aku bersetuju dengan rakan-rakan lain yang
mengatakan Pokemon Go yang dikatakan
boleh mengugat keselamatan negara ni. Bagaimana pula dengan pendapat kalian
semua?
mungkin bukan kselematan negara, tapi keselamatan rakyatnya
BalasPadambukan setakat keselamatan negara tapi merosakkan negara! ðŸ˜
BalasPadam