Percutian mewah di moonshadow villa, Ko Samui.
Percutian mewah di moonshadow villa, Ko Samui | Bila idea
menulis hilang, kita beralih arah pada penulisan percutian pula ya! Yang
sebenarnya, aku memang suka dengan rekabentuk dan lokasi percutian tepi pantai,
atas bukit atau tengah hutan ni. Atas alasan itulah, lahirnya blog Kongsideas. Orait,
kali ini, kita terbang ke pulau ko samui, Thailand untuk tengok-tengok lokasi
percutian mewah ini. Jom ke moonshadow villa!
Jarak perjalanan dari malaysia ke pulau ko samui ini
tidaklah jauh mana. Jika menggunakan kapal terbang, masa yang di ambil Cuma 1
jam 40 minit. Berbeza pula bagi mereka yang ingin merasai nikmat perjalanan
jauh. Masa yang di ambil untuk sampai ke pulau ini menggunakan kenderaan darat
adalah 12 jam 38 minit! Itu melalui peta. Belum campur tolak masa kesesakan ya!
ala, balik kampung time raya pun kadang-kadang ambil masa macam ni kan? Hehehe.
Baiklah! Apa yang ada di moonshadow villa, Ko Samui ni?
Pernah memenangi World Boutique Hotel Award for South East Asia's Best
Honeymoon Hideaway 2015, sudah semestinya pemandangan yang sangat indah dan
gaya hidup mewah tak ubah seperti gaya kehidupan para jutawan! Menginap di
sini, sudah pastinya mampu menghilangkan segala kepenatan dan masalah
kehidupan! Lepas habis bercuti tu, tak pasti lah ye! Hahaha.
Baiklah! Moonshadow villa, Ko Samui dilengkapi dengan 4
bilik tidur, kolam renang bersaiz infiniti *wow!!*, 3 “pavilions” yang
menghadap ke ke laut Kristal, taman-taman tropika dan pelbagai lagi pemandangan
di luar pemikiran kita! wow! Villa ini juga menyediakan ruang berjemur gergasi!
Yang memberikan 180 darjah pemandangan laut! Uiii! Memang betul-betul rasa
mewah ni!
Jadinya, kalau nak bercuti di moonshadow villa yang terletak
di atas bukit Chaweng Noi ni, kenalah tempah awal-awal kerana ianya nya sentiasa
penuh! Ruang terhad dengan privasi percutian mewah, sudah semestinya menjadi
pilihan ramai! Berbaloi rasanya “pelaburan” yang anda keluarkan jika bercuti di sini bersama rakan-rakan atau mereka yang tersayang. Hehe.
Orait! Berminat? Tak jauh pun dari malaysia ni. Kalau berminat, sila lah ke laman web moonshadow villa dan tempah sekarang! Kalau pun ianya menjadi lokasi percutian mewah yang pertama dan terakhir buat anda, ianya pasti salah satu kenangan paling mahal dalam hidup anda. yeah! Aku ni, berdoa juga. Kalau-kalau dapat peluang bercuti di sini. Hehehe.
cantek giler view tempat dia..view pon nice kot!
BalasPadamyup..tapi harganya pun boleh tahan..hehehe
Padam