Malaysia dapat pingat pertama Olympic Games Rio 2016!
Malaysia dapat pingat pertama Olympic Games Rio 2016! | Alhamdulilah! Malaysia beroleh pingat perak dari acara terjun 10 meter platform seirama wanita yang diwakili oleh Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong. Ia sememangnya satu perkhabaran gembira daripada rio de janeiro 2016 buat semua rakyat malaysia. Pingat perak sememangnya suatu kebanggaan kerana pentas sukan ini adalah pentas sukan terbesar dunia! Tahniah dari kami buat kalian berdua! Dan semoga malaysia akan berjaya memperolehi pingat dalam sukan lain. insyaAllah! Malaysia kini berada di tangga 32 keseluruhan.
RIO DE JANEIRO: Pusat Akuatik Maria Lenk menghadirkan khabar ceria buat negara apabila gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
344.34 mata yang dikumpul Pandelela-Jun Hoong masih belum memadai untuk memintas peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia apabila dipisahkan 9.66 mata.
Pemenang pingat emas itu mengumpul 354 mata, sementara gangsa menjadi milik gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion (336.18 mata)
Kejayaan itu mengatasi pencapaiannya di London 2012, apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com