Kawasan sekolah pun dah tak selamat lagi!

Ogos 25, 2016
www.ceritaejoy.com

Sumber : Bulletinmedia

Kawasan sekolah pun dah tak selamat lagi! | Terkejut juga aku baca berita dan cerita daripada blogger-blogger mengenai cubaan cabul seorang pelajar darjah 2 sewaktu kelas fardu ain. Ini bermakna, kejadian ini berlaku waktu petang di dalam kawasan sekolah! Sekolah pun dah tak selamat lagi sekarang ni! menakutkan! Kejadian cubaan rogol pelajar sekolah ini dilaporkan berlaku di terengganu.

Cerita dia macam ni, suspek masuk dalam kawasan sekolah kemudian mendakwa terdapat seorang pelajar terkurung dalam stor di kawasan sekolah tersebut. Suspek kemudiannya meminta mangsa untuk mengikutinya kea rah stor tersebut. Bila sampai je dekat situ, mangsa tak nampak sesiapa pun dalam stor, suspek kemudiannya mendukung mangsa. Akibat daripada itu, mangsa menjerit dan melarikan diri.

Huh! Gila tahap apa dah manusia sekarang ni? Murid darjah 2. Selamatlah dia menjerit. Kalau dia diam je sebab takut macam mana? Lepas je mangsa menjerit dan lari daripada suspek ni, suspek pun dikhabarkan melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah! Tahu pulak dia takut kan?

Alhamdulilah. Ada cctv dekat kawasan tersebut. Dan khabarnya pihak polis sudah berjaya mengenal pasti wajah suspek dan sedang giat mengesan lokasi suspek. Kalau ikut pada berita, kes ini disiasat mengikut seksyen 354 kanun keseksaan. Dan pihak polis menafikan kes yang viral mengatakan ada cubaan culik disekolah, sebaliknya ianya adalah kes serangan seksual.

Tak kisahlah kes apa pun kan? Yang penting sekarang, macam mana orang luar boleh masuk sampai ke dalam kawasan kelas? Dalam keadaan macam ni, tak salah kalau aku cakap, kawasan sekolah pun dah jadi kawasan yang tak selamat untuk anak-anak. Bayangkan seorang guru kena jaga berbelas pelajar. Orang macam ni selamba je masuk sekolah. Huh! Tak terdaya cikgu tu nak jaga semua pelajar.

Ada pulak aku terbaca dekat 1 blog ni tadi, ibubapa pelajar dah pun buat laporan polis. Dan blogger ni cerita, keluarga suspek telah berjumpa dengan ibu bapa mangsa memohon laporan polis di tarik balik! Kalau betullah apa yang blogger ini ceritakan, Weh! Dah kenapa kau? Ini kes cubaan mencabul tau! Kau ingat ini kes usik-usik ke? Gurau senda ke? Huh?

Makin tak faham aku dengan dunia sekarang. Mereka ingat ini perkara main-main ke? Bila dah banyak kes macam ni dilaporkan, makin ramai lah ibu bapa yang akan “kurung” anak-anak mereka dalam rumah termasuk lah aku. Sebab itulah <kenapa duduk rumah lagi balik daripada keluar>. Apapun, kita kena gandakan perhatian kita kepada anak-anak kita melebihi dari apa yang kita buat sekarang. Menakutkan!

6 ulasan:

  1. Jalan² singgah sini...
    betul skrg ni bukan kata dekat sekolah je...
    mana² pun x selamat dah...
    kalau x cabul,culik,dah culik di bunuh pulak...
    Ya Allah..minta kita di jauhi perkara² seperti itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..semoga kita dijauhkan dari segala perkara yang tidak di ingini..amin..

      Padam
  2. Dalam sekolah pulak tu kan.. risau

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..dalam sekolah..dekat area kelas..adoi..makin bahaya sekarang ni..

      Padam
  3. Mungkin satu masa nanti konsep home schooling akan jadi pilihan. Dah kat sekolah pun belum tentu selamat kan

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.